Ipoh: Kehilangan dua rakan baik sejak beberapa hari lalu berakhir dengan tragedi apabila mayat mereka ditemui orang awam dalam belukar di sebuah taman perumahan di sini, pagi semalam. Mayat kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai S Chandrasekhar, 26, dan S Kaviventhen, 28, ditemui hanya berseluar panjang tanpa baju pada jam 8.30 pagi di Jalan Desa Ampang 22, Desa Seri Ampang, di sini. Kenalan mangsa, Alfaizal Suhul Hamid, 35, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, kedua-dua mangsa sering berulang-alik sekitar lokasi kejadian kerana menjaga kebun sayur di kawasan berkenaan. “Kami memang rapat dan bagaikan adik-beradik. Setiap hari mereka menunggang motosikal ke kebun berkenaan dan biasanya antara jam 1 hingga 2 petang mereka keluar untuk makan tengah hari. “Bagaimanapun, pada jam 3 petang semalam (kelmarin), kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi menyebabkan saya dengan bantuan beberapa rakan cuba mencari sehingga ke malam, namun gagal,” katanya.
|
ADVERTISEMENT