Wawa Zainal memaklumkan dia sudah membuang alat pencegahan hamil atau intra-uterine contraceptive device (IUCD) selepas setahun setengah menggunakannya. Di Instagram Story, dia menjawab pertanyaan pengikutnya yang bertanyakan sebab dia memilih untuk membuang alat tersebut.
Menurutnya, dia mahu menambah bilangan cahaya mata dan kitaran haid yang tidak teratur.
“Sorry, kenapa nak remove Wawa? Saya baru nak pasang,” tanya pengikutnya. “Nak tambah askar. Period masih tak teratur,” jawab Wawa. Selain itu, dia mengatakan proses untuk membuang alat tersebut langsung tidak sakit. Tahun lalu, Wawa juga pernah membuang alat tersebut kerana kesan sampingan yang agak teruk.
Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun manakala suaminya, Aeril Zafrel, 24 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|