Tular di media sosial video seorang lelaki yang bertindak tunjal kepala seorang wanita gara-gara kurang berpuas hati dengan cara pemanduannya. Insiden tersebut dikatakan berlaku di Jalan Tapah menghala ke Cameron Highland.
Sebelum bertindak menampar, lelaki tersebut juga dilihat telah menengking wanita dan turut menghemburkan kata-kata kesat. Video viral tersebut kemudiannya dimuat naik semua oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi laman Instagram miliknya.
Jelas Yana, dia amat kecewa dengan tindakkan lelaki berkenaan yang menggunakan kekerasan terhadap wanita. “Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully macam ni kena ajar sikit adab dan etika sebagai manusia,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sementara itu, netizen dan rakan-rakan artis juga turut meluahkan rasa geram selain turut berharap agar lelaki tersebut dikenakan tindakan undang-undang. “Abang ni dengan perempuan dia tepuk-tepuk la. Cuba abang gadang besar yang bawa kereta tu? Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni. Dia tahu tu bukan lawan dia. Memang taraf gangster pukul perempuan ke macam mana?,” komen Zulin Aziz.
“Kesiannya Ya Allah. Kenapa ada manusia macam ni? Kalau dia ada isteri, kesiannya isteri dia,” kata Mawar Rasyid. “Nak kenal juga babi ni siapa. Kurang ajar sangat,” Rozita Che Wan. “Apa punca nak marah sangat? Kot ye pun jangan la suka-suka nak tunjal kepala anak orang tu,” respon penyampai radio, Feeya Iskandar. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|