Dikenali sebagai Ery Syarif, pemuda itu berkata dia baru pertama kali berniaga durian pada tahun ini dan sama sekali tidak menyangka dirinya akan menjadi perhatian netizen. Ketika dihubungi mStar, dia juga mengakui terbuka dengan segala komen netizen, termasuklah kritikan terhadap gaya pemakaiannya yang dianggap tidak sopan.
"Saya berniaga durian secara suka-suka saja. Bukannya berniaga sepenuh masa. Ini kali pertama saya jual durian. Sekarang saya jual dekat Drawbridge atau Jambatan Angkat Kuala Terengganu. "Tak sangka pula video saya viral. Komen negatif tu saya buat pekak saja. Tak payah layan komen begitu. Saya malas nak ambil port. Kalau mereka cakap soal dosa pahala, saya sarankan mereka tengok anak beranak sendiri dulu. "Saya bukannya jual maruah. Saya masih pakai seluar, bukan seluar dalam. Cuma nampak pusat sikit. Terima kasih yang komen positif. Walaupun tak beli, support pun dah memadai," ujar duda yang mempunyai tiga cahaya mata itu.
Mesra disapa Ery, dia bersyukur dengan sambutan yang diterima dan mendedahkan mampu menjana pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sehari dengan berniaga durian. "Setakat ini Alhamudillah, sambutan menggalakkan. Kalau ada buah durian yang bagus, baru saya ambil untuk jual. Sehari tak banyak sangat. Kalau ikutkan sales dalam RM1,000 ke RM1,500," ujarnya yang berniaga durian pada hari minggu sahaja. Sementara itu, Ery yang juga anak jati Terengganu berkata dia pernah terlibat dalam sukan bola sepak dan turut menawarkan khidmat sebagai jurulatih kecergasan sejak tahun 2017. Pada masa sama, Ery juga berniaga keropok lekor secara sepenuh masa dan dia kini sibuk menguruskan sebuah kedai yang dibuka bersama keluarganya di Kuala Terengganu sejak tahun lalu. "Durian ni sampingan. Keropok lekor ni saya buat full time. Kalau tak berniaga durian, saya gentel keropok. Dah setahun lebih keluarga saya buka kedai keropok lekor. Kami buka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Masa PKP kami buat belakang rumah saja. Lepas tu, ada modal kami buat kedai. Di kedai kami, pelanggan boleh tengok proses pembuatan dan beli keropok lekor. Ibaratnya, tak payah pergi ke Pasar Payang. Semua ada kat kedai saya. "Di kesempatan ini, saya mengajak semua orang untuk support perniagaan keluarga saya. Kalau nak beli keropok, boleh singgah kedai kami. InsyaAllah buka setiap hari," ujar anak sulung daripada 10 beradik itu. Sumber: mStar
|
Meiizu replied at 5-6-2023 04:47 PM
Apa2 yg melibatkan makanan ..takpaakai baju adalah yuuckkkkss.
Sekian
Meiizu replied at 5-6-2023 04:47 PM
Apa2 yg melibatkan makanan ..takpaakai baju adalah yuuckkkkss.
Sekian
hudalarva replied at 6-6-2023 12:01 PM
terang2 tayang tubuh untuk tatapan gegayah dan bij murahan... duda in denial... mohon setaz azhar id ...
ADVERTISEMENT