Aris Ariwatan mengakui pernah ditawarkan untuk menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza sejak daripada musim pertama. Bagaimanapun penyanyi berusia 59 tahun itu berkata dia hanya akan menyertai pertandingan berkenaan sekiranya ditawarkan hadiah utama bernilai RM1 juta.
Menurut Aris, nilai berkenaan bukanlah ditetapkan untuk dirinya tetapi merupakan harga pengorbanan yang dilakukan oleh anak-anak seni. “Saya pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza pada musim pertama lagi tetapi saya masih dengan keputusan saya dan rela dikorbankan untuk kebaikan kecuali diberikan hadiah bernilai RM 1 juta. “Harga tersebut bukanlah untuk diri saya, tapi harga untuk karier sebagai anak seni tambahan pula selaku artis veteran ini memang mahal. “Tak ternilai harganya sebab saya berusia 59 tahun jadi bukan masa untuk sensasi, kontroversi tapi ini merupakan masa untuk berikan sesuatu yang berisi kepada generasi saya,” kata Aris kepada mStar. -CARI
Sumber: mStar
|
msdummy.2018 replied at 2-6-2023 05:43 PM
Confident juara ek...hahahahaha
dudaberhias replied at 2-6-2023 07:27 PM
Ya ampun syok sendiri betul... Dah la rhoper macam gampunk....
Masalahnya iols tak kenal pun pakcik ...
dudaberhias replied at 2-6-2023 07:27 PM
Ya ampun syok sendiri betul... Dah la rhoper macam gampunk....
Masalahnya iols tak kenal pun pakcik ...
sleepandream replied at 2-6-2023 06:36 PM
baik la up kan elaun mingguan 10k tu...
tapi tu pon shilalat gigih nak masuk walopon konon dah kaya ...
ADVERTISEMENT