CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Adalah Pembaca Berita Pertama Yang Ada Braces Dan Rambut Highlights,"-Awal Ashaari

2-6-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4674| Komen: 62

Awal Ashaari mendedahkan pernah mencuba nasib sebagai penyampai berita di stesen 8TV suatu ketika dahulu sebelum beralih arah ke dunia lakonan.

Katanya dia pernah menjawat jawatan tersebut selepas menamatkan pengajian dalam bidang penyiaran.


Foto: IG

“Saya terjebak di kaca TV melalui berita. Saya merupakan pembaca berita di 8TV ketika itu.

“Saya tak tahu apa lagi ketika itu, saya pula graduan jurusan penyiaran jadi memang dah sebati dengan dunia penyiaran.

“Bila saya dapat peluang itu, saya ambil peluang itu walaupun tiada pengalaman. Tiada halangan dan jadilah saya sebagai pembaca berita."



Awal turut mendedahkan penampilannya ketika itu membuatkan dia tidak yakin untuk menjadi penyampai berita kerana memakai pendakap gigi dan imej rambut berwarna.

“Apa yang menariknya ketika saya bertugas, rambut saya pada masa itu berwarna ataupun ‘highlights’. Saya bertanya kepada pihak produksi, ‘macam mana saya nak jadi penyampai berita?’


“Lagi menarik, saya juga memakai pendakap gigi (braces) ketika itu tetapi ia tidak kelihatan sangat. Saya beritahu pada pihak penerbit saya tak boleh lakukan kerana penampilan saya begitu.



“Tapi mereka mahu juga saya jadi pembaca berita dengan penampilan begitu, katanya ia nampak lain daripada lain. Jadi saya adalah pembaca berita pertama yang ada ‘braces’ dan rambut highlights. Malunya,” kongsi Awal lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 2-6-2023 06:35 PM
8tv bukan berita mandarin ke?
Quote Carcosa 2-6-2023 06:42 PM
...... tambah satu lagi.
- yang bapuk closet
Quote hanihan16 2-6-2023 06:44 PM
ada yang terlupa ke dia ni mmg asalnya 8tv newscaster sampai kena bukak balik cerita ni?
Quote I.K.A888990 2-6-2023 06:51 PM
kau bangga ke kak?
Quote shernazz 2-6-2023 06:51 PM
Iols suka tengok 8tv quickie dedolu..
Quote slyfynx 2-6-2023 07:15 PM
So?
Ape yang nk dibanggakan?
Quote PinkyPie 2-6-2023 07:20 PM
Jangan sampai Diva AA hencap kau kang
Quote Shahman86 2-6-2023 07:33 PM
Edited by Shahman86 at 2-6-2023 07:35 PM
sleepandream replied at 2-6-2023 06:35 PM
8tv bukan berita mandarin ke?


Awal2 dulu sebelum kewujudan tv9.lps tv9 masuk tv8 dorang set utk yg urban pny target.now tv8 more to mandarin pny view.antara chanel tv8 yg paling aku ingat ialah gol and gincu.
Quote dudaberhias 2-6-2023 09:15 PM
pesen rambut karat kulu kilir... tiap2 bulan ko tukar pesen rambut tetap la hauk awalina oi... ko maintain rambut hitam biasa je lah... sebab ko tak boleh bawa aura macho tu... aura pon pon jah bila kaler rambut sana sini...

lagi hensem n merembes tengok gambar lama rambut hitam tu...
meskipun kena berebut coli tiap2 pagi sebelum pergi kerja...

Quote kaedahnya 2-6-2023 10:54 PM
laa ye ke 8tv ingatkan astro sebab dia kamceng ngan dynas. dia ni ada muka kedah nak habaq lagu mana tak tau.
Quote exclusive_vvip 2-6-2023 11:12 PM
kaedahnya replied at 2-6-2023 10:54 PM
laa ye ke 8tv ingatkan astro sebab dia kamceng ngan dynas. dia ni ada muka kedah nak habaq lagu mana ...

hahaha..sentap dia kalu baca komen u ni, kata dia muka kedah…I ingat lagi masa dia host Melodi dgn Janna Nick..time tu nak final lawan bola (Piala Malaysia kalu x silap)..Kedah lawan negeri mana tah..Janna cakap la dia sokong Kedah..yg si Awal ni bleh pulak cakap, dia orang Kg Baru (dgn muka bangga tau), so xde sokong team @ sifat kenegerian tah..time tu i rasa bimbo giler mamat ni..pdhal bleh je dia cakap dia penyokong team Kuala Lumpur walupun KL x masuk final time tu..
Quote kaedahnya 2-6-2023 11:19 PM
exclusive_vvip replied at 2-6-2023 11:12 PM
hahaha..sentap dia kalu baca komen u ni, kata dia muka kedah…I ingat lagi masa dia host Melodi dg ...

hahhaha bukan ke? sebab macam pernah dengar dia cakap utara dengan scha.
Quote exclusive_vvip 2-6-2023 11:28 PM
kaedahnya replied at 2-6-2023 11:19 PM
hahhaha bukan ke? sebab macam pernah dengar dia cakap utara dengan scha.

scha tu org kedah
Quote mizzmimi 2-6-2023 11:39 PM
Pernah heols cakap tak suka jadi newscaster.. alasan je la tu highlightkan rambut ngan pakai braces.. memang target nak hosting
Quote inspektoremos21 3-6-2023 12:23 AM
Iols kenal awal time cerita impian ilyana. Time tu terembes la dgn dia kejap
Quote codenamedream 3-6-2023 12:39 AM
Shahman86 replied at 2-6-2023 07:33 PM
Awal2 dulu sebelum kewujudan tv9.lps tv9 masuk tv8 dorang set utk yg urban pny target.now tv8 more ...

Series 8tv dulu2 best
Ghost
Kopitiam
Gol & Gincu
Quote she 3-6-2023 05:13 AM
Edited by she at 3-6-2023 10:03 AM


Sekali dengan 8tv Quickie Mayon dengan si botak tu
Masa tu tek Mayon layut sampai ke paha

Lepas tu apa nama mamat mat saleh tag line “saya mat saleh bodoh”
Jlo kot
Dia kena banned kan

Quote hayrin86 3-6-2023 09:33 AM
sleepandream replied at 2-6-2023 06:35 PM
8tv bukan berita mandarin ke?

8TV masa awal kewujudannya aje ada rancangan bukan Cina termasuk slot berita dalam Bahasa Melayu .. Sekarang pecahan dari TV3 ini dah jadi saluran Bahasa Cina sepenuh masa bermula awal Mac 2018 lalu dan rancangan bukan Cina dalam 8TV telah ditamatkan..

Quote hayrin86 3-6-2023 09:35 AM
she replied at 3-6-2023 05:13 AM
Speak Up pun 8tv kan
Sekali dengan 8tv Quickie Mayon dengan si botak tu
Masa tu tek Mayon layut samp ...

Speak Up menerusi TV3 dalam tahun 2000..

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.179106 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top