CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibiarkan Terlalu Lama Sampai Isteri Dan Anak Dalam Kandungan Mati, Bidan Bagi Alasan Nak Tidur Dulu

1-6-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 492| Komen: 3

MURATARA: Seorang suami sedih dan kecewa apabila isterinya meninggal dunia ketika mahu bersalin anak sulung mereka di sebuah hospital di Muratara, Sumatera Selatan.

Menurut suami wanita berkenaan, dia membawa isterinya ke Hospital Pauh selepas air ketubannya pecah pada tengah malam 9 Mei lalu.


Isterinya diminta menunggu sehingga keesokan harinya dan sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, wanita tersebut masih belum melahirkan anak.

Foto: Utusan

“Isteri saya menahan sakit terlalu lama, dari tengah malam sewaktu dimasukkan ke hospital sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

“Saya ada bertanya kepada bidan di hospital itu mengenai keadaan isteri dan dia menjawab ‘saya mahu tidur dulu, isteri awak lambat lagi mahu bersalin’.

“Saya tegur bidan itu, namun saya bersama ibu mentua dihalau keluar kerana mengganggu tugas mereka,” ceritanya melalui Facebook.


Suami wanita itu menjelaskan, beberapa jam selepas itu, hospital terbabit memaklumkan kepadanya bahawa mereka tidak boleh menguruskan isterinya kerana mengalami komplikasi dan perlu dirujuk ke hospital lain.

Katanya, isteri dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas tiba di hospital yang dirujuk sebelum ini.

“Hanya kerana mahu tidur, saya kehilangan isteri dan anak sekali gus. Mereka (petugas hospital’ boleh sahaja maklumkan lebih awal jika tidak boleh uruskan isteri saya, tidak perlu dia menanggung kesakitan begitu lama,” ujarnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 1-6-2023 10:11 AM
Negara maju memang seperti ini
Quote _blackbird 1-6-2023 10:47 AM
bila cukup tidur, baru otak boleh keputusan dengan tepat dan jitu
Quote rosedemon 2-6-2023 08:23 AM
Siannnyaaa mintak simpang laaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.047271 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top