CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemuda Kongsi Pernah Dapat RM37,249 Wang Tidak Dituntut

30-5-2023 11:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1212| Komen: 7

Melalui satu perkongsian di ruangan komen Twitter, hari ini, pemuda tersebut yang menggunakan nama akaun @chiconazrul menjelaskan dia memperolehi wang tersebut selepas menuntutnya di laman eGUMIS.


“Pernah ‘claim’, masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, sangat membantu ketika itu,” ciapnya sambil berkongsi resit penerimaan Wang Tidak Dituntut (WTD) miliknya berjumlah RM37,249.23.




Dalam pada itu, seorang lagi pengguna media sosial Twitter @deekay_V2 turut berkongsi kisah sama apabila mengetahui WTD miliknya telah mencecah lebih RM1,000.


“Terima kasih kerana berkongsi. Kali terakhir saya semak ada satu amaun sebanyak RM1.52 yang tidak dituntut pada 2012. Namun, apabila saya semak pagi ini, amaun tersebut bertambah lebih dari RM1,000,” tulisnya.


Terdahulu, satu perkongsian di Twitter hari ini menjelaskan orang ramai masih tidak mengetahui mengenai kewujudan laman web egumis.anm.gov.my berkenaan WTD.


Perkongsian tersebut menjelaskan bagaimana WTD boleh disemak dan dituntut oleh penama dalam tempoh hampir sebulan. 



Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 31-5-2023 07:33 AM
pernah claim dalam seratus lebih juga la dapatnyahhh
Quote Yoonggi 31-5-2023 11:23 AM
Edited by Yoonggi at 31-5-2023 11:24 AM

aku baca tajuk ingatkan dia dpt wang org lain yg x dituntut aku klik sbb nk tau camana nk dpt tu sbb kan berbilion duit tak dituntut. kot ler leh cuba nasib. rupanya tuntut duit sendiri dlm akaun yg dah dormant. byk duit dia nih. tp klu tgk ss dia, plg byk came from insurance dia tu.
Quote rifaa 6-6-2023 02:58 PM
Themilo replied at 31-5-2023 07:33 AM
pernah claim dalam seratus lebih juga la dapatnyahhh

cam susah je nak apply online, byk doc yg dia nak
iols ada seratus lebih gak ni


Quote Themilo 6-6-2023 03:06 PM
rifaa replied at 6-6-2023 06:58 AM
cam susah je nak apply online, byk doc yg dia nak
iols ada seratus lebih gak ni

takde la susah sangat. IC dgn statement bank (yang ada letterhead & nombor acc bank) je rasanya.
Quote rifaa 6-6-2023 03:09 PM
Themilo replied at 6-6-2023 03:06 PM
takde la susah sangat. IC dgn statement bank (yang ada letterhead & nombor acc bank) je rasanya.
...

nanti i cuba lgi
Quote iolss 9-6-2023 03:50 PM
i nye tiada rekod. sedehhhhhhh
Quote chiyoasuka 28-7-2023 01:36 AM
boleh tahan byk tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.134468 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top