CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Pengangkut China Curi Bangkai Kapal Perang Lama British

30-5-2023 10:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 924| Komen: 11

Kota Tinggi: Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemukan lebih kurang 100 peluru dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China yang ditahan Zon Maritim Tanjung Sedili pada 28 Mei lalu.


Penemuan itu membongkar aktiviti curi bangkai kapal perang lama British di perairan Pahang yang disyaki dilakukan kapal pengangkut terbabit.

Kapal terbabit ditahan Maritim Malaysia kelmarin, di kedudukan 20.1 batu nautika timur Tanjung Siang di sini, kerana bersauh tanpa kebenaran pada jam 12.45 tengahari.

Terdapat lebih kurang 100 peluru ditemukan dalam kapal pengangkut China yang ditahan Maritim Malaysia, kelmarin. FOTO IHSAN MARITIM MALAYSIA

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penemuan butir peluru itu oleh Maritim Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Laut Malaysia.


Katanya ia dilakukan ekoran penemuan peluru meriam di atas kapal terbabit yang disyaki berasal daripada peluru zaman perang dunia kedua.

"Operasi yang bermula jam 8 pagi dan berakhir sekitar jam 4 petang tadi, membabitkan dua aset Maritim Malaysia bersama 15 pegawai dan anggota, 12 anggota unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tujuh anggota dari Jabatan Warisan Negara dan seorang anggota Jabatan Laut Malaysia.

"Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China ini terbabit dalam aktiviti pencurian bangkai kapal perang lama British di perairan Pahan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Jelas Nurul Hizam, kesemua peluru pelbagai saiz yang ditemui diambil dan dibawa oleh Unit Pemusnah Bom PDRM untuk dimusnahkan.

"Laporan lanjut berkaitan penemuan ini akan dikeluarkan oleh pihak PDRM,"katanya.

Kelmarin, Maritim Malaysia menahan sebuah kapal pengangkut dari China, yang membawa besi buruk dan peluru meriam berusia lebih 80 tahun dipercayai zaman Perang Dunia Kedua.

Nurul Hizam dalam kenyataan semalam memaklumkan, kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

"Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia antara 23 hingga 57 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 30-5-2023 11:42 PM
peluru meriam hidup? taknak pulak dia meletop atas kapal tuh
Quote Highflyer19 31-5-2023 12:35 AM
Biasalah pi mana2 claim depa punya…
Quote antikorok 31-5-2023 02:03 AM
Edited by antikorok at 31-5-2023 02:05 AM

Negara puaka ni datang nak menjajah secara halus tanah ibu pertiwi ler ni, tak padan dengan tuntutan Nine Dash line padahal negara puaka ni kat atas sana tu, kemain nak tuntut kawasan dlm Laut China Selatan a.k.a Laut Asia Tenggara ni. Patot laut ni tukar nama yg takde kaitan langsong dgn nama negara puaka tuhhhh. Hamboi lemak betol negara puaka ni fefeeling entitled yg tuh laut dia punyer.
Salahkan orang yg bagi nama laut ni nama negara dia padahal jauh namampos dari jarak negara dia tuh, tu pong ngengada nak claim, sama spesis dgn suku-sakat Friskies. Yihhhh!
Quote azurro 31-5-2023 05:06 AM
Lemah betul, tu pun tahan masa dia berlabuh, kalau tak berlabuh mcm mana, sampai ke mampus tak tahu diaorang mencuri.
Quote ninja boy 31-5-2023 06:41 AM
Edited by ninja boy at 31-5-2023 06:43 AM

macam korang biar aja besi buruk dpn rumah hujung2 pakistan ambil jual buat duit, time tersadai tak lupuskan, time kena ambil pakistan bising pulak
Quote straycat 31-5-2023 07:07 AM
ninja boy replied at 31-5-2023 06:41 AM
macam korang biar aja besi buruk dpn rumah hujung2 pakistan ambil jual buat duit, time tersadai tak  ...

Hahaha apt!
Quote wikedsaikel 31-5-2023 07:29 AM
Patut tukar nama jadi Southern Pasifica. Dia hengat dia punya just because nama laut cina selatan.
Quote Kurex 31-5-2023 07:32 AM
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote laksmanabentan 31-5-2023 09:06 AM
macam mana ler pulak kapal cina tu boleh masuk dan bersidai kat situ tuh....
Quote B40tastePosh 31-5-2023 11:15 AM
Dah cakap boikot je Negara China ni.

Boikot export Minyak Sawit dari Malaysia ke China.
Quote B40tastePosh 31-5-2023 11:16 AM
Boikot pinggan mangkuk dan kain dari China.

Kita pun banyak craftmen yang pandai buat pinggan mangkuk dan kain.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034400 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top