Farid Kamil yang tiba di Mahkmah Tinggi Syariah Shah Alam jam 8.40 pagi Selasa bagi sebutan inter-parte (dua pihak) berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi kedua-dua anaknya yang berusia 10 dan lapan tahun, hanya mengunci mulut.
Memetik OHBulan, dia yang hadir serba hitam enggan memberikan sebarang komen mengenai sebutan inter-parte tersebut. Terdahulu, prosiding sulh antara Farid Kamil dan Diana Danielle pada 25 Mei membabitkan hak jagaan anak-anak masih belum selesai dan menemui jalan buntu. Diana pada Mac lalu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dengan alasan tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Aktor dan pengarah terbabit bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
|
cikatilia replied at 30-5-2023 10:16 AM
FK nampak jahat.
cikatilia replied at 30-5-2023 10:16 AM
FK nampak jahat.
ADVERTISEMENT