Farid Kamil, 42, memberitahu anak sulungnya, Muhammad, 10, tidak sabar menonton lakonannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story. Menurutnya Muhammad teruja dengan pembabitannya dalam filem yang memaparkan ranjau perjuangan Anwar dalam arena politik tanah air itu.
Biarpun perlu mengikut prosedur ditetapkan mahkamah, iaitu menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu anak-anak, Farid mahu memastikan impian Muhammad menonton filem Anwar: The Untold Story tercapai. "Muhammad selalu bertanya kepada saya bila filem Anwar: The Untold Story akan ditayangkan.
"Tetapi, untuk bawa anak-anak ke pawagam, saya perlu kemukakan surat kepada peguam isteri, Diana Danielle. "Setakat ini, peguam saya sudah hantar surat untuk mendapatkan persetujuan isteri. Kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem Anwar: The Untold Story," katanya kepada Berita Harian.
Ditanya sama ada sudah bertemu Muhammad dan Aurora, 8, Farid berkata, dia dapat meluangkan masa dengan mereka selama empat hari, baru-baru ini. "Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad empat kali. Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|