19 kanak-kanak di sebuah asrama di Guyana terkorban angkara fon bimbit seorang pelajar dirampas pihak sekolah. Polis dalam kenyataan berkata, seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama.
Reuters melaporkan, pelajar perempuan itu disahkan Datuk Bandar Mahdia, David Adams, tidak mengalami kecederaan di dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditahan manakala kenyataan polis tidak menyebut mengenai sebarang penangkapan. Penyiasat diberitahu beberapa pelajar bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama. Difahamkan, hasil bedah siasat post-mortem ke atas enam mayat menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar manakala 13 mayat dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA.
Selain itu, hampir 30 kanak-kanak lain kini dirawat di hospital. Susulan kejadian, Presiden Irfaan Ali mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan. - CARI |
ADVERTISEMENT