Bekas isteri Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka kembali berumah tangga dengan seorang jejaka dikenali sebagai Andi, kurang setahun perpisahannya dengan penyanyi itu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Ahad lalu di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.
Dalam majlis tersebut, Sarah, 26, dilihat cukup anggun mengenakan gaun berwarna putih. Berkongsi berita gembira itu, Sarah mengucapkan penghargaan apabila menerima banyak ucapan tahniah daripada teman-teman rapat serta peminat. "21.05.23. Bukan nombor yang bagus, tetapi hari yang cukup indah. "Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya tidak mampu untuk membalas semuanya kerana terlalu banyak," katanya. Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai yang menganggap Sarah cukup bertuah apabila akhirnya kembali memiliki pasangan yang sepadan dengannya.
Malah peminat juga berharap hubungan kali ini akan terus berkekalan supaya tidak berlaku perpisahan yang boleh memberi kesan kepada anaknya. Untuk rekod, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan bercerai pada Jun tahun lalu. Sarah mendedahkan dia dan Tegar sudah bercerai dan antara punca perpisahan tersebut adalah kerana masalah kewangan. Selain itu, Sarah juga mendakwa Tegar bersikap curang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian. Sumber: mStar
|
..Sarah mendedahkan dia dan Tegar sudah bercerai dan antara punca perpisahan tersebut adalah kerana masalah kewangan.
prince_marhaen replied at 23-5-2023 09:28 AM
buuuuuutttttttooo masalah kewangan... dah la pompuan ni kaki kongkek, anak first pun bukan anak te ...
hokeypokey replied at 25-5-2023 03:03 PM
cemana muka sebenar dia ni??? semua edit mcm kartun anime
heythere123 replied at 1-6-2023 05:14 PM
cuba check tagged photos dekat ig, selalunya situ gambar ori
ADVERTISEMENT