Menerusi satu ciapan tular di Twitter, wanita itu yang bekerja di sebuah rangkaian jenama piza terkenal menceritakan bagaimana penyelianya meneliti latar belakang calon pekerja baharu. "Waktu aku kerja di situ dulu, manager aku selalu tanya extra soalan apabila nak ambil pekerja sambilan. Keluarga okay ke? Mak ayah bercerai? Tinggal dengan siapa?
"Aku macam triggered sikit dengar soalan macam tu. Apabila aku tanya, dia beritahu dia tak suka ambil orang susah. Dia cakap mereka ni banyak masalah. "Keluarga tak tentu hala, ibu bapa dah tak ada, jadi kena tinggal dengan nenek. Nenek pula selalu sakit, kena minta cuti. Atau duduk dengan keluarga makcik, pakcik pula pemabuk, selalu gaduh-gaduh. "Pakcik ambil motosikal sampai tak balik, akhirnya tak boleh pergi kerja sebab tak ada transport. Tengah kerja, ahli keluarga datang minta duit, kalau tak layan, bising-bising sampai bergaduh dan bertekak," katanya.
Menurut wanita tersebut, kemiskinan adalah satu bebanan tambahan yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menggapai kejayaan. "Memang nampak depan mata. Kemiskinan ni menjejaskan orang sekeliling. Mereka yang dah sedia susah, makin bertambah susah. "Kalau orang miskin seperti ini nak berjaya, dia harus dikeluarkan dahulu daripada environment dia. Sebab tu budak pandai masuk asrama. "Apabila aku dah sembang dengan manager tu baru aku faham dan sedar masalah ni. Kalau yang tengok dari luar akan judge manager tu macam-macam hal, tapi ia betul. "Bukan senang nak keluar daripada kepompong kemiskinan ni, ia akan tarik kita ke bawah dan kita susah nak maju ke hadapan," ujarnya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsi perspektif mereka mengenai hal ini. Sumber: mStar
|
PULANGKAN replied at 22-5-2023 11:33 PM
adik laki Iols pernah cerita lepas dia interview keje kilang beberapa tahun lepas
HR tu tanya, fami ...
Purplehaz replied at 22-5-2023 10:43 PM
Bukan pasal keluarga miskin, itu more kepada keluarga yg bermasalah.
Suchi replied at 23-5-2023 06:06 AM
Teringat dulu sorang staff lelaki ni selalu kena marah ngn bos(pompuan) sbb dia kerap dtg lewat, or ...
ADVERTISEMENT