CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

OKU, Pakcik Tua Terketar-Ketar Naik Tangga- Bayar Sewa Rumah RM1200 Tapi Lif Asyik Rosak, Fasiliti 'Hauk', Management Buat Tak Tahu

22-5-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 953| Komen: 9

Seorang individu  kecewa apabila aduan terhadap pihak pengurusan kediaman berhubung fasiliti usang hingga menyusahkan penghuni seolah-olah tidak dilayan.

Menurut Eija Abdullah, 30, dia terpaksa memanjat tangga setinggi 14 tingkat untuk sampai ke pangsapuri yang didiaminya di Cheras, Kuala Lumpur.


Masalah lif rosak sering berlaku sejak dia menetap di situ.


Foto: mStar

“Saya sudah lama menetap dekat sini lebih kurang lima tahun. Sebelum ni ada juga lif dekat sini rosak dan mereka baiki semula.

“Tapi sekejap saja boleh guna, lepas baiki lif tu rosak balik selepas beberapa hari.

“Macam-macam aduan sudah dibuat tapi masih tak ada tindakan daripada pihak pengurusan. Lagi teruk apabila orang tua, orang kelainan kpaya (OKU) dan ramai lagi terpaksa naik tangga sampai tingkat 15.

"Penat macam nak hilang nyawa. Lepas penat balik kerja kena panjat tangga pula,” ujarnya kepada mStar.


Dakwa Eija lagi, sungguhpun lif di kediamannya sudah dibaiki, namun dia merasakan tidak selamat apabila berlaku beberapa insiden yang menakutkan.

“Ada ketikanya lif tu elok untuk beberapa hari je. Kadang tu sampai malam pun okey. Lepas tu rosak semula sampai berminggu-minggu.

"Tapi apabila dah boleh guna, masa lif nak turun tu ada gegaran (shaking). Masa tu macam nak hilang nyawa... takut. Bahayakan penduduk je, memang takut.

“Saya terpaksa guna kuasa viral sebab dah terlalu penat. Saya dah tak tahan kena hadap benda ni hari-hari,” katanya merujuk kepada perkongsian di TikTok.

Tambah Eja, menyewa rumah di tingkat 14 pangsapuri tersebut dengan kadar RM1,200 sebulan.

Ujar Eija dia mula berfikir untuk berpindah namun perlu menunggu sehingga kontrak sewaan tamat pada September depan.

“Masa tandatangan agrement tak ada pula beritahu fasal isu lif rosak. Keadaan sekeliling pun memang kotor tak bersih.

“Ada juga pakcik dalam lingkungan 60an hingga 70an macam tu dia tak sihat sangat. Tangan dan kaki dia terketar-ketar kena naik tangga tinggi tu. Memang kasihan sangat."

Tegas Eja, perkongsian video tersebut bukanlah berniat untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa tetapi untuk dijadikan peringatan buat orang ramai.

Namun dia berharap pihak pengurusan mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu fasiliti asas di kediaman bertingkat tinggi.

“Lepas apa yang berlaku ni, banyak benda saya belajar. Walaupun perit dengan apa yang jadi, ia sebuah pengajaran buat semua.

“Sebelum tandatangan mana-mana kontrak, semak dulu reviu dekat media sosial supaya tak terkena macam saya.

“Sepatutnya pengurusan residensi ni ambil peduli dengan masalah penduduk. Tolonglah peka sikit,” katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 22-5-2023 10:20 AM
macam exaggerate je ceritanya..
kontrak kau sign sampai 5 tahun ke..
biasa i dengar setahun or 2 tahun je..
cuba check berapa ramai tak bayar maintenance rumah..
Quote AbukRokok 22-5-2023 10:26 AM
Rasanya mgkin sbb manpower kompeni xckup brp byk rumah pakai lif dia nak kne dtg
Quote midori888 22-5-2023 10:31 AM
Kan sewa,  bole carik better alternative. Lain lah kalu beli...terpaksa stay ..
Quote lurve82 22-5-2023 10:32 AM
baik sewa rumah aku..rm1200 jugak xde tgga tinggi...tp dkt sban la..
Quote Tinot7 22-5-2023 10:35 AM
Okayy.. so bila tua nnt plan kena balik kg, cucuk tanam.. jgn dok flat condo bagai.. terketaq2 naik turun tangga bila lif rosak.
Quote HuoJingJue 22-5-2023 10:35 AM
ioulss saspek ni mesti sangkut maintenance..nak duk free jek masing2
Quote Clan204 22-5-2023 10:37 AM
lurve82 replied at 22-5-2023 10:32 AM
baik sewa rumah aku..rm1200 jugak xde tgga tinggi...tp dkt sban la..

biar benar seremban rm1.2k sewa... hari tu gua post sewa rm1k pun ramai komplen kata mahal...
Quote becir 22-5-2023 10:38 AM
U tambah another 400 dah leh duduk condo kak oi..
Quote lurve82 22-5-2023 10:39 AM
Clan204 replied at 22-5-2023 10:37 AM
biar benar seremban rm1.2k sewa... hari tu gua post sewa rm1k pun ramai komplen kata mahal...

rumah area mana? spec rumah sis? semua mainkan peranan..rm900 rumah single storey je area seremban 2...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030120 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top