CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Individu DM Nak Derma Mata- Masitah Reda Buta, Tolak Pelawaaan

22-5-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 993| Komen: 9

Masitah Mohd Afandy yang buta secara tiba-tiba selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 21 Mac lalu cukup memberi inspirasi kepada orang ramai.

Terbaharu, dia dimaklumkan terdapat seorang individu menyatakan hasrat ingin menderma mata kepadanya.


Foto: IG

“Saya difahamkan suami ada yang mesej di Facebook bertanyakan sekiranya boleh sebab dia macam berniat sangat nak mendermakan mata kepada saya.

“Dia dah berikrar untuk menjadi seorang penderma organ,” ujarnya di Instagram.

Sungguh pun terharu dengan niat insan tersebut, Masitah terpaksa menolak tawaran itu secara baik.



Terang Masitah, matanya berada dalam keadaan baik namun masalah yang mengebabkab dia buta.

“Terima kasih banyak-banyak atas niat murni itu. Semoga dengan niat tersebut menjadi asbab tuan atau puan yang mesej saya di Facebook masuk syurga... insyaAllah.

“Tapi saya bukan niat untuk menolak cuma menerangkan keadaan bahawa mata saya berada dalam keadaan baik. Tapi yang bermasalah menyebabkan saya buta adalah saraf saya yang terhimpit dan tercedera akibat daripada hentakan kemalangan tersebut.

“Dengan rendah hati saya ucapkan terima kasih atas kesudian. Semoga ikrar itu memberi manfaat kepada orang lain. Saya doakan kesihatan puan. Panjang umur dan murah rezeki. Semoga kita jumpa dekat syurga jika direzekikan,” katanya.



Masitah, 32, yang dahulunya normal namun buta kedua matanya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dua hari sebelum Ramadan lalu.

Berikutan kemalangan itu, Masitah dirawat selama 24 hari di wad hospital namun apa yang berlaku tidak menyebabkannya murung sebaliknya terus positif dalam meneruskan kehidupan.

Selain kehilangan nikmat melihat, dia juga turut memerlukan masa lima bulan sebelum mampu berjalan semula.

Menerusi ruangan komen, ramai berkongsikan kisah sedih di mana ahli keluarga mereka juga mengalami masalah kesihatan yang sama seperti Masitah.



Tersentuh dengan sifat pasrah dan reda Masitah, netizen mendoakan semoga satu hari nanti ada keajaiban berlaku lantas mengizinkannya untuk mampu kembali melihat dunia.

“Rasa hari-hari nak tengok video Masyi (panggilan untuk Masitah). Suntik semangat positif dalam diri.

"Semoga ada keajaiban buat Masyi... diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

“Mashyi ni lain sangat auranya. Apa yang keluar dari mulut sungguh jelas dan tersusun. Sopan santun,” komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-5-2023 10:54 AM
dia ni bodoh x bertempat..
Quote Samerosie 22-5-2023 12:05 PM
Biar lah, sampai bila dia boleh ride on her disability.  lama2 orang pun move on, masa tu lah dia meroyan nak orang derma mata.
Quote applenpuff 22-5-2023 01:15 PM
Tak habis lagi ke cerita dia ni?
Quote Kitty_catz 22-5-2023 01:20 PM
sapa nak nak derma mata tu nokss?

sifu ang jijan janjan ke?

marketing je ni ... sifu ang dah sendu takde stodents keww ari2 kena up cegheta??

Quote midori888 22-5-2023 01:24 PM
taknak, sudah...next....
Quote misc 22-5-2023 01:26 PM
Ada kes mcm dia ke sebelum ni. Repair saraf pastu boleh lihat semula? Kalau belum ada, berani ekk dia ambik risiko nak kekal buta. Org dah offer tu.
Quote makadek 22-5-2023 01:31 PM
Smtra boleh ride.. Ride ler lama2 bosan la org
Quote noor2 22-5-2023 01:44 PM
Ye la...Allah bergurau katanya kan...


Dia ingat sifat Allah mcm manusia ke apa....
Quote shernazz 22-5-2023 03:42 PM
Zizan punya anak murid kan..
Iols tunggu berita esok mcmana plK

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.116495 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top