CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Bersama Daun Ketum, Ubat Batuk

22-5-2023 01:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 179| Komen: 0

Kuantan: Polis menahan seorang lelaki bersama daun ketum dianggarkan seberat 450 kilogram di Kampung Seberang Jelai, Kuala Lipis pagi tadi, yang dipercayai rampasan daun ketum terbesar daerah itu setakat ini.


Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 33 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pada 6.45 pagi dan selain daun ketum, pihaknya turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.

Gambar hiasan.

"Semua daun ketum dan cecair itu ditemukan dalam plastik hitam yang disimpan di muatan belakang sebuah pacuan empat roda yang berada di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu.

"Siasatan awal mempercayai suspek memperoleh semua barangan itu dari Sik, Kedah," katanya menerusi kenyataan di sini.

Azli berkata turut dirampas ialah sebilah parang dan wang tunai RM550, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM11,050.


Suspek yang mempunyai 10 rekod kesalahan lampau termasuk curi, melakukan khianat dan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, akan direman esok bagi siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062920 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top