CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat Jika Pengasuh Culas Hingga Sebabkan Kematian Anak

22-5-2023 01:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 331| Komen: 0

Petaling Jaya: Bapa pasangan kembar, Abdur Rahman Abdullah reda kehilangan anak berusia hampir empat bulan yang meninggal dunia di rumah pengasuh di sekitar Sungai Way di sini, 9 Mei lalu.

Lebih memilukan apabila adik kepada bayi itu terlebih dahulu meninggal dunia ketika berusia sembilan hari disebabkan masalah pendarahan dalam otak.

Abdur Rahman berkata, dia dan isteri reda dengan pemergian kedua-dua cahaya mata mereka namun meminta siasatan terperinci dijalankan sekiranya terdapat unsur penjagaan culas membabitkan pengasuh terbabit.

Bayi yang didakwa meninggal dunia di rumah pengasuh di sekitar Sungai Way, Petaling Jaya. FOTO Ihsan Pembaca.

"Kami tak salahkan pengasuh, tak nak aibkan pengasuh itu tetapi kami tak mahu dia mengasuh budak lain dan jadi macam kami.

"Kami masih menunggu siasatan polis dan kami harap siasatan disegerakan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.


"Kami sedih dengan apa yang berlaku, kami mohon jika wujud kecuaian di pihak pengasuh, pihak berwajib akan memainkan peranan sebaiknya," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia mengupah pengasuh berkenaan selepas beberapa bulan mencari orang yang sesuai untuk mengasuh anaknya di sekitar Bandar Sunway, Subang Jaya.

Katanya, kejadian itu berlaku beberapa hari selepas dia menghantar anaknya untuk diasuh individu berkenaan.

"Kami ada berjumpa dengan pengasuh di rumahnya untuk melihat keadaan sekeliling dan saya nampak tempatnya okay.

"Pengasuh berusia awal 30-an itu memberitahu bahawa dia mengasuh dua bayi bersama adiknya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.024831 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top