CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Mengamuk, Baling Barang Kerana Pekerja Lambat Masak Taco

21-5-2023 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 418| Komen: 1

Seorang lelaki mengamuk di sebuah restoran di Washington, Amerika Syarikat (AS) apabila pekerja lambat menyiapkan pesanan taconya. 

New York Post semalam melaporkan, seorang pekerja wanita Restoran Chipotle memberitahu laman berita Fox 5 bahawa pelanggan itu bertindak ganas selepas cuba merampas taco dari tangannya.



Lelaki itu menyerang pekerja restoran yang berada di belakang kaunter. - Fox Business

“Dia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” kata pekerja itu yang enggan identitinya didedahkan.

Rakaman kejadian memaparkan pelanggan tersebut cuba merampas kotak makanan ketika pekerja itu cuba menghidangkannya.

Setelah pekerja tersebut membuang taco ke dalam tong sampah, lelaki itu mula melempar barang ke arahnya.

Pekerja itu menutup mukanya daripada terkena barangan yang dilempar sebelum melarikan diri ke pintu belakang restoran. Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian.


Menurut Polis Metropolitan, pegawai yang bertindak balas diberitahu bahawa lelaki itu menjadi marah kerana dia merasakan makanannya tidak disediakan dengan pantas. 

Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki skuter sewa, demikian laporan polis yang diperoleh Fox Business. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-5-2023 12:13 AM
Cattitude

[ig]https://www.instagram.com/reel/Cp_iUucMsKn/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030857 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top