CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian Adik Ni Kawan Langsung Tak Nak Sentuh Makanan Masa Jamuan Sampai Sanggup Letak Di Tong Sampah

18-5-2023 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2415| Komen: 31

Sebuah video tular baru-baru ini mengundang sebak warga maya apabila makanan dibawa seorang pelajar tidak dijamah jemputan yang hadir.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan juga menolak pelawaan meskipun ia telah siap dihidang di dalam pinggan.



TikTok

Malah, bagi menjaga hati ibu yang bersusah payah memasak, si anak sanggup membuang makanan yang dibawa.

"Masa kami habis jamuan, lepak tepi dewan dulu sementara tunggu kelas tambahan... kemudian tengok dekat tong sampah ada beg plastik.

"Apabila buka, ada dua bekas penuh dengan kuih. Satu pun tak terusik, jadi kami semua makan sampai habis dua bekas ni," ujarnya di ruangan kapsyen.

Seperti yang dikongsikan @dee, dia terkejut apabila melihat dua bekas penuh berisi kuih diletakkan di atas tong sampah untuk dibuang.



Menurutnya, pada waktu itu dia bersama rakan-rakan lain sedang menantikan kelas tambahan selepas jamuan selesai.

Malah, dia mengakui kuih popia karbonara yang dibuang itu begitu sedap rasanya.

Sementara itu dalam satu lagi video berasingan, seorang kanak-kanak yang pada awalnya gembira dengan kek yang dibawa, hanya mempamerkan senyuman tawar selepas rakan-rakannya enggan mengambil kek yang diberikan.

Ibunya juga mengakui reaksi anaknya itu membuatkan dirinya berasa sebak dan sedih.

Bagaimanapun, baginya, situasi yang dialami itu dapat memberi pengajaran berharga buat anaknya.


Pemberian kanak-kanak ini tidak diterima oleh rakannya - mStar

"Tapi setidak-tidaknya, hari ini awak belajar sesuatu... berkongsi dan berusaha.

"Dah besar nanti akan dapat banyak lagi rejection (penolakan) daripada orang, kecil-kecil pun biasakan diri dengan rejection," ujarnya di ruangan kapsyen.

Menyusuri ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan pengalaman sendiri semasa sambutan Hari Guru dan jamuan makan.

Ada yang menyatakan pernah mengalami nasib sama seperti kedua-dua situasi yang dikongsikan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 18-5-2023 06:32 PM
mmg sedih kalau org xsudi mkn mknn kita
Quote hasniey 18-5-2023 06:37 PM
Dulu arwah mak ai suka sgt buat kek kukus.lepastu kalau buat mesti nk bg jiran2.kwn2 ai.tp kalau ai bwk g sekolah xde sapa nk mkn.trpaksa la abeskan kuih sebekas sorg2.lepastu skrg ai xsuka kek kukus.dh trlebih mkn kot dulu2
Quote azimodin 18-5-2023 07:18 PM
Sebelum ni aku buat brownies, buat yg kecik je... tu pon xhabis. Sekarang aku beli buah anggur seedless yg manis. Bawak penuh satu bekas ice cream tu, habis licin. Kelas 30 orang, ada 30 makanan.. confirm la budak2 akan pilih2 apa dorang nak makan. Kelas transit anak aku senang, kutip rm10 buat beli ayam kfc.
Quote orkid_amani 18-5-2023 09:16 PM
Ank aii senang..jamuan Raya bawak buah tembikai ja.xdak nk masak2 apa..yg adik Tu biasa aii beli keropok sz mini yg Jual 1pack besar kat longwan Tu..beli 3pack keropok + 1bijik tembikai 6@7kg sebijik potong siap2 kat rumah.mjamu kawan2 makan..habis licin ank2 aii kata..bawak balik bekas ja..org lain bawak buah tembikai ank aii kata jadi lebam beraiar..aii potong tebai kecik2 bentuk cube..so buah xlebam & lembik.buah pun xmasuk peti ais..30minit sebelum ank gerak p sekolah baru potong buah
Quote PULANGKAN 18-5-2023 10:56 PM
mak Iols kerja, anak ramai, tak sempat nak layan sorang satu punya permintaan jamuan akhir tahun kelas
kalau Iols rajin, Iols cuba buat kek sendiri. kalau jadi keknya, bawa ke sekolah. tak jadi, makan kat rumah

pastu parents Iols bagi bajet RM50, pi kedai, borong kacang ngan yin ni



dulu murah, dapat banyak. bahagi la antara kami adik-beradik berapa paket

orang lain datang bawak tupperware, kami bawak plastik besar kacang ni

kerja aku mudah ja. bukak, teraburkan dalam pinggan/ mangkuk plastik yang budak lain bawak.
kalau takdak, tak cukup ka, aku teraburkan terus atas meja kelas. pandai2 la korang layan diri

so far, sentiasa habis. memang jadi port melepak la meja tu sebab diorang bersembang sambil kopek kacang

sampai la Iols tua ni
kalau office buat potlak dulu, benda alah ni jadi kunyah-kunyah
yang tak larat nak makan benda berat tu. duduk semeja, kunyah kacang sambil bersembang

ni dah tak keje office, Iols pun dah lama tak beli kacang ni

adik2, bawa je kacang pegi sekolah. settle jamuan kelas
Quote Carcosa 18-5-2023 11:26 PM
Budak2 zaman skrg mmg savage. Boleh makan dlm, kalau hati tak tabah.
Kalau meols, meols suka bwk kan makanan2 yg commercially packed. Takpayah laaa nak acah2 hebat terpaling baker, terpaling homecook. Kang dicerca bebudak lain, anak engko yg depress.
Kasi buah, or snacks. Habis cerita. Kalau tak habis boleh bwk balik, tanpa rasa awan terpilu sgt
Quote LadyCarefree 19-5-2023 12:07 AM
Entah2 popia carbonara tu dibuang ada sebabnya. Dah terjatuh atas lantai toilet. LOL

xtakut ke makan makanan xtahu dari mana dan kenapa dibuang?

Stop je lah budaya potluck gini. Banyak benar cerita xbagus.

iols pun kalau ada benda potluck gini memang susah ah nak makan semua sbb xtau tahap kebersihan penyediaan makanan tu.
Quote annehuda 19-5-2023 01:34 AM
Stop jelah buat jamuan raya ni. Mcm dh banyak keburukan dari kebaikan plak. Membazir tu satu hal, classism pun satu hal gak. Termasuklah budaya kasi hadiah kt cikgu, pun dah jadi mcm tunjuk menunjuk plak. Yg cikgu pun hp berjahit kt tgn, anak murid tu dah malu kasi hadiah tak seberapa ko pegi masuk socmed nak kasi viral plak. Apa kepentingan cikgu nk kene viral ni mmg attention seeker ke yg viral tu benda tak berfaedah plak tu
Quote Sesuatu… 19-5-2023 03:08 AM
Semoga bukan hasanah. Skrg semua cerita viral aku sceptical sikit especially cerita sedih pilu kecewa
Quote Suchi 19-5-2023 05:41 AM
Edited by Suchi at 19-5-2023 05:42 AM

Iols taktau kenapa mak2 ni suka bekalkan kuih2 mcm apam nasi, kuih seri ayu, apam mekar eh apatah lagi kuih2 yg cuma rasa manis semata2 tu.
Nih antara kuih yg selalu tak laku dan anak iols mesti ada bawak balik. Dh bawak balik pun xde sapa gak nk mkn.
Tu org tua pun tk beria nk mkn  apatah lagi budak2.
Bg duit jelaa suh cikgu tempah sate, nasi ayam or beli kepsi. Nih budak2 suka mkn
Utk dessert eskrem sudahlaa.
Serabut ngn jamuan potluck ni tiap tahun ada isu sama.
Quote EriaDoritis 19-5-2023 06:51 AM
Potluck sekolah rendah...cikgu kena bawak plastik, ajar murid tapau. Jadi tak timbul kes makanan tak dijamah
Quote EriaDoritis 19-5-2023 06:54 AM
Parents pulak...tak payah bawak banyak sangat. Budak bukan nak makan naw. Diorang target main je.

My sister buatkan utk 2 anaknya eskrim mesia. Laku keras. Budak kelas sebelah pun dok mengendeng sama, kata my nephew
Quote pet_ayut 19-5-2023 07:54 AM
pada aku..mungkin boleh tukar style jamuan raya..tentukan menu..contoh..darjah 1 bawak nasi impit..ha..masak lah sorang sepeket dpt 30 biji..kali lah berapa kepala tu..pastu darjah 2 bawak lemang ke..contoh..then anggarkan nak pakai berapa lemang..kalo ade sorg yg boleh handle order lemang..kutip duit sorg RM10 utk beli lemang..dan lain2 lauk..

aku kurang berkenan bila jamuan2 ni..Budak makan byk sgt jajan..the way kita nak control jajan boleh lah cuba macam ni..kalau dah ditetapkan menu berat..jajan kurang..diorg pun takde pilihan selain makan ape yang ada..

Quote dekmieDandy 19-5-2023 03:09 PM
aku jenis yang tiap kali jamuan gini tak pernah bawak makanan

aku datang makan je

sebab tiap kali jamuan tu, aku lupa terus

actually kalau ingat balik, semua benda time sekolah rendah dulu aku selalu lupa, sampai sekolah punya trip pun aku lupa nak gi
Quote SalenaGomez 20-5-2023 09:18 AM
PULANGKAN replied at 18-5-2023 10:56 PM
mak Iols kerja, anak ramai, tak sempat nak layan sorang satu punya permintaan jamuan akhir tahun kel ...


Habis jd party kacang kalau semua bawa kacang

Actually ikut parents.. kalau terlebih rajin/budget, ok je nak bagi lebih

Kalau kurang bajet atau senang nak simple or xde masa, suggestion mcm ni pon bagus juga

Time SG dulu penah bawak kek, bawak jelly pon penah…kacang ni good idea lah
Quote honeybee1802 20-5-2023 06:25 PM
orkid_amani replied at 18-5-2023 09:16 PM
Ank aii senang..jamuan Raya bawak buah tembikai ja.xdak nk masak2 apa..yg adik Tu biasa aii beli ker ...

Tembikai tu kan...potong sesiap...ltk dlm fridge besok gi swkolah bwk...nikmatnya uols...
I penah poltluck opis..i bwk jambu batu campur la dgn nenas mangga...memula sorang ni tegur ni je ko bwk..sekali dia yg krup2..krup mengunyah...
Quote makita 20-5-2023 07:10 PM
orkid_amani replied at 18-5-2023 09:16 PM
Ank aii senang..jamuan Raya bawak buah tembikai ja.xdak nk masak2 apa..yg adik Tu biasa aii beli ker ...

Td ank meols citer...jamuan sekolah smlm kwn dia nangis. Pasalnya tembikai yg dia bwk takde sapa usik langsung. Cikgu tmya nape nangis..murid tu bisik kt cikgu..tros cikgu bwk bekas tu pegi kat sorg2 ...suh amek satu dan mkn. Abes settle 1 bekas. Cikgu pon kene main peranan gak dlm hal ni.
Quote orkid_amani 20-5-2023 09:39 PM
honeybee1802 replied at 20-5-2023 06:25 PM
Tembikai tu kan...potong sesiap...ltk dlm fridge besok gi swkolah bwk...nikmatnya uols...
I penah  ...

Aii dah survey2 tengok banyak mak2 yg buat buah cucuk Tu..xselamat cikgu kata..bahaya..aii potong tembikai slu mix dgn red globe grapes Dari lotus ja buh anggur sekilo ja..cukup laa..manggo aii xoenah letak sbb mcm berair berlendir kalau biaq lama kat luaq. Kalau nk makan sendiri aii ok ja
Quote orkid_amani 20-5-2023 09:42 PM
makita replied at 20-5-2023 07:10 PM
Td ank meols citer...jamuan sekolah smlm kwn dia nangis. Pasalnya tembikai yg dia bwk takde sapa u ...

Pulak..jamuan Raya ank aii tuhari dia sorg jaa yg bawak tembikai..licin habis yuu..tapi next jamuan  ni ank aii cakap nak bawak jajan ja..xmau bawak makanan apa pasai sekolah kebangsaan buat jamuan combine tahap1..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076356 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top