PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan supaya mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket Coldplay di media sosial. Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan ulat tiket.
Menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi miliknya, Fahmi memaklumkan akan membangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay yang tidak masuk akal. Ia termasuk kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana isu harga tiket adalah di bawah kementerian itu. Menurut Fahmi, penjualan semula tiket Coldplay dengan harga yang lebih mahal sehingga mencecah RM43,200 di media sosial adalah sangat keterlaluan. Jualan tiket konsert Coldplay yang bermula pada 16 dan 17 Mei oleh pihak penganjur dilaporkan habis dijual dalam tempoh yang singkat.
Ekoran itu terdapat individu mengambil kesempatan menyiarkan iklan di media sosial mahu menjual semula tiket berkenaan dengan harga tinggi. – CARI Sumber: Kosmo
|
nolya replied at 18-5-2023 05:27 AM
Pandai ye ulat2 tiket ni meniaga, menahan lukah di pergentingan. Untung besar tu.
Saya tak kenal pu ...
kitaserupaaa replied at 18-5-2023 02:00 PM
Buat macam ed sheeran yg ban resell tickets beli from other platform. Org yg dah beli tiket tapi nak ...
alesandra replied at 18-5-2023 05:26 AM
dah skrg menggelupur sgt semuanak online.bila org nak apply sistem walk-in kata ketinggalan lah..ap ...
Prickford replied at 19-5-2023 08:38 AM
2005 iolls beli ticket Scorpion, walk-in kat Speedy. Ticket MCR pon iolls beli walk-in. Lepas tu a ...
alesandra replied at 18-5-2023 01:26 PM
dah skrg menggelupur sgt semuanak online.bila org nak apply sistem walk-in kata ketinggalan lah..ap ...
ADVERTISEMENT