Sejak bercinta dengan Taylor Swift, vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy menjadi perhatian peminat. Ramai dalam kalangan penggemar Taylor, 33, tidak berpuas hati penyanyi itu menjalinkan hubungan cinta dengan Matty yang disifatkan sebagai lelaki bermasalah.
Ia berikutan pengakuan Matty sebelum ini yang pernah menonton video lucah merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani. Penyanyi itu mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam siri podcast The Adam Friedland Show pada Februari lalu. Matty juga terkenal dengan gaya selambanya yang suka meludah ketika membuat persembahan nyanyian. Tidak cukup dengan itu, Matty juga pernah beraksi liar di atas pentas apabila bertindak menghalakan alat sulitnya ke arah kamera pasukan produksi konsert. Selain itu, penyanyi itu juga sering menjadi perhatian ekoran sikap pelik yang menjengkelkan dan dianggap selekeh seperti memiliki gigi berona kekuningan dipercayai kerana tabiat merokok dan minum alkohol.
Sikap buruk itu membuatkan peminat tidak percaya Matty dapat membahagiakan Taylor dan mendesak pelantun lagu Blank Space itu meninggalkannya. Untuk rekod, Taylor baru sahaja mengumumkan perpisahan dengan teman lelakinya yang juga aktor Joe Alwin beberapa minggu sebelum dilihat keluar berdua dengan Matty. Pasangan itu sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Dalam perkembangan lain, The 1975 bakal membuat persembahan menerusi Good Vibe Festival yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Julai ini di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. -CARI Sumber: MStar
|
prince_marhaen replied at 18-5-2023 12:45 PM
TS ni pun kaki jantan jugak...sepadan lah.. nanti kena dump keluarlah lagu baru... jenis pompuan kua ...
kisahkeaku replied at 18-5-2023 03:47 PM
taste pulak dia tgk gigi mamat ni.i tgk pn geli dlm gmbr inikan pulak depan2.nmpk pengotor.ilang m ...
Prickford replied at 18-5-2023 03:58 PM
Betina ni pon kaki jantan. Silap2 dalam serviks tu dah berkampong kuman HPV.
alesandra replied at 18-5-2023 04:23 PM
Walau dia ramai ex xrasa dia sleep around
delia3003 replied at 18-5-2023 05:38 PM
Pernah nampak ada list kan ex dan fling TS, belas2 jugak, ramai.
prince_marhaen replied at 18-5-2023 03:55 PM
boipren skrg paling busuk antara semua exes ye...
orangbiasaje replied at 18-5-2023 11:27 PM
Dulu ai igt calvin harries tu cinta mati dia, siap ada hadiahkan olive tree bagai agar cinta kekal ...
prince_marhaen replied at 18-5-2023 03:55 PM
boipren skrg paling busuk antara semua exes ye...
ADVERTISEMENT