CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semua Make Up Kita Jadi Make Up Dia," Lucu! Adira Suhaimi Berebut Dengan Anak Perempuan

17-5-2023 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 9

Adira Suhaimi sekali lagi meraih perhatian selepas mempamerkan keakrabannya bersama anak perempuannya, Anggerik di media sosial.

Di TikTok, Adira telah memuat naik video mereka berdua sedang melakonkan situasi para wanita yang saling bersaing menunjukkan alat solek mereka.


Dalam perkongsian tersebut, mereka juga kelihatan sangat akrab dan tidak kekok untuk membuat content bersama sekali gus mencuri perhatian ramai peminat.



Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa geram apabila kebanyakan alat soleknya sudah menjadi hak milik anaknya.

“Tak boleh jadi ni, semua make up kita jadi make up dia,” tulisnya

Terhibur dengan gelagat dua beranak itu, video yang berdurasi satu minit lima saat tersebut turut mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.


“Jauh tersasar sudah ini dua beranak..Maknya sudah nda mau jadi penyanyi, anaknya sudah nda mau tengok kartun.

“Aku ni layan video-video tiktok dia sampai lupa dah dia ni penyanyi.

“Ya Allah dua beranak ni,tak pernah tak lucu"

“Hahahahaha menurun sungguh perangai mak dia, comel la,” komen peminatnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-5-2023 12:06 PM
Aiols tak rasa lucu.

Tapi aiols suka bonding mak dengan anak pompuan buat aktiviti2 perempuan sebegini.
Quote rosedemon 18-5-2023 09:07 AM
lucuuuuuuu sgt
Quote Sazreena 18-5-2023 12:05 PM
Leh la jadi talent..tak kayu..
Quote PrinceAlladin 18-5-2023 12:10 PM
Tik tok dia selalu buat content2 kdg2 ku rasa no bad juga
Quote snowater 18-5-2023 12:36 PM
Tok red ke directornye?
Quote syamzana 18-5-2023 12:44 PM
dua_chzy replied at 17-5-2023 12:06 PM
Aiols tak rasa lucu.

Tapi aiols suka bonding mak dengan anak pompuan buat aktiviti2 perempuan sebeg ...

sama larrr iols pun rasa x lucu

tapi diakui ya, anak pompuan ramai mcm ni. anak iols 4thn tu pun mula2 tnya apa ni, apa ni smbil memerhati lusanya dok sebelah iols habis i tepek di muka dia pun amik tepek jugak sedar2 berdebu satu muka habis sekerat bekas loose powder iols. lips terjungkit nak bercakap risau lipstick kene gigi.
Quote per706 18-5-2023 12:45 PM
Ya,ya,terbahak bahak saya di sini.
Quote dudaberhias 18-5-2023 12:50 PM
apa yang lawaknyaaa...
pondan gelap eddy silvaa buat lagi jadi dan lagi lawak walaupun takde keluar satu kata2 pun...

tapi comel la anak dan mak buat aktiviti mekap2 macamni...
boleh tambah baik skill anak dan bonding gittew...
Quote dua_chzy 18-5-2023 01:01 PM
syamzana replied at 18-5-2023 04:44 AM
sama larrr iols pun rasa x lucu

tapi diakui ya, anak pompuan ramai mcm ni. anak iols 4thn tu pun  ...

Anak pompuan aiols pun sama. Yang paling kecik tu suka perati cikgu tadika dia. Pehtu bila balik rumah dia akan kepoh hari ni laoshi pakai mekap cantik macam mama bila pi kerja (sebab kat rumah mak kepam. ) atau, hari ni laoshi buat rambut cantik camni (tunjuk kat kepala). Pehtu dia kata bila besar nanti boleh tak dia nak cantik2 pakai mekap, buat rambut segala. Ai kata boleh je.

Budak2 sekarang sense of awareness tinggi banding kita dulu. Idok la ai reti mekap2 zaman tadika but diakui masa SK derjah 3 ka 4 gitu aiols dah reti main mekap mak.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.124901 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top