CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Kayuh Basikal Ke Mekah

16-5-2023 12:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 301| Komen: 2

Banyumas: Sepasang suami isteri, Nashrullah Ong dan Erna Hanurasari yang berasal dari Purwokerto di Banyumas, Jawa Tengah kini dalam perjalanan menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.


Lebih istimewa, pasangan suami isteri itu berangkat ke tanah suci menggunakan basikal dan bakal menempuh perjalanan selama lapan bulan.

Sehubungan itu, Nashrullah dan isterinya menyasarkan untuk menunaikan haji pada tahun depan.

Nashrullah Ong dan isterinya berlepas dari Indonesia pada 7 Mei lalu dan dijangka tiba di Mekah pada Januari tahun depan. - AGENSI

Pasangan itu berlepas dari Masjid Baitul Arqom pada 7 Mei lalu sambil disaksikan puluhan penduduk kampung.

“saya dan isteri membuat keputusan untuk berangkat ke tanah suci dengan mengayuh basikal selepas Aidilfitri yang lalu.

“Ramai yang terkejut dengan keputusan kami kerana mereka tahu kami bukanlah muda lagi. Kami berdua sudah berusia lebih 50 tahun,” katanya.


Sebagai persiapan Nashrullah menjual satu-satunya kenderaan yang dimiliknya untuk membeli barangan kelengkapan sepanjang dia dan isteri berbasikal ke Mekah.

Katanya, dia mahu menemani isterinya menunaikan haji kerana dia sudah pun melakukan ibadah itu sebelum ini.

“Doakan kami supaya selamat sampai di Mekah dan seterusnya menunaikan ibadah haji,” ujar Nashrullah.

Pasangan suami isteri itu juga sering memaklumkan keadaan mereka sepanjang perjalanan kepada ahli keluarga.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 16-5-2023 01:57 PM
semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.028908 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top