CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Hormat Senior, Punca Pelajar Tingkatan 3 Dibuli Dan Dibelasah Ramai-Ramai

12-5-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1730| Komen: 32

AMPANG JAYA – Seramai lima pelajar diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan tiga tular dipukul beramai-ramai di Kemensah Height Embun, Kemensah Trak Motocross Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.


Kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham di antara mangsa yang didakwa tidak menghormati sekumpulan pelajar senior di tingkatan lima.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, awalnya mangsa yang berusia 15 tahun itu telah dipukul di tangga sekolahnya, sekitar pukul 9.30 pagi.



Katanya, mangsa ditumbuk di bahagian dada kiri, cekik dan tendang bahagian belakang badan oleh seorang pelajar lelaki tingkatan lima dikenalinya.

“Mangsa turut diugut akan disiku bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera. Selepas itu, terdapat lima suspek mengajak mangsa ke Bukit Mar Mar Kemensah, lalu dipukul.


“Salah seorang suspek turut menumbuk di bahagian muka pengadu sebanyak empat kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Menurut Mohamad Farouk, kejadian disaksikan lebih kurang 10 hingga 15 orang pelajar.

Tambah beliau, mangsa mengalami kecederaan pada dahi kepala, luka di bahagian tepi kening kiri, rahang di bahagian muka kiri serta belakang tengkuk mengalami kesakitan dan bengkak.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan satu video tular yang memaparkan seorang pelajar teruk dipukul sekumpulan pelajar lain sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi empat video yang dikongsikan oleh pemilik Instagram @_maisarahmazlan, kejadian tersebut dipercayai melibatkan pelajar dari sebuah sekolah menengah sekitar Selangor.

Rakaman video tersebut turut memaparkan beberapa orang pelajar yang lain yang turut memukul mangsa bahkan ada yang cuba menghentikan pergaduhan sambil bergelak ketawa sesama mereka.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 12-5-2023 10:54 AM
siyel betul. kecik-kecik nak jadi samseng. angkut je semua pi balai, pastu masuk pusat pemulihan akhlak. biar jauh dari famili masing-masing.
Quote laksmanabentan 12-5-2023 10:56 AM
buang sekolah aja senang....
Quote ifanonline 12-5-2023 10:56 AM
hormat-menghormati ni bukan la satu sikap yg boleh di paksa...
Quote Yoonggi 12-5-2023 10:57 AM
baru je jd senior tgktn 5, lom jd bos kt opis. respect is earned, not given
Quote PULANGKAN 12-5-2023 11:13 AM
masalah buli yang tak pernah nak reda..

pembuli ni fikir dia besar
ikan paling besar dalam kolam kecik

sekali jumpa samseng sebenar, kecut terus telur tu
Quote alesandra 12-5-2023 11:20 AM
Tgk  la lagii high council.kapla bana semua tu
Quote dua_chzy 12-5-2023 11:23 AM
Kat tempat kerja pun sama kan. Senior marah bila junior tak reti hormat. Cuma weols tak pegi belasah, weols either ngumpat belakang or sindir2 je. Har.

Begini la perangai manusia. Sentiasa nak dihormati.
Quote supernaturalee 12-5-2023 11:27 AM

sekolah lain la plk nk kena tanggung

Quote laksmanabentan 12-5-2023 11:34 AM
dua_chzy replied at 12-5-2023 11:23 AM
Kat tempat kerja pun sama kan. Senior marah bila junior tak reti hormat. Cuma weols tak pegi belasah ...

denda cuci baju... tak main lah sentuh2 badan kannn...
Quote kotakbaju 12-5-2023 11:43 AM
Masa kat asrama sekolah teknik dulu memang wajib kena tabik hormat dekat senior form 5. Kalau berselisih jumpa kena tunduk kepala bagi salam apa semua. Kalau tak buat kena panggil time rollcall pastu kena denda. Aku lah tu kena. Hampeh betol.
Quote Thunderclouds 12-5-2023 11:49 AM
Nk earn the respect kna work for it la.
Bukan sbb seniority auto org kna respect.
Masuk keja pon culture yg sama.
Walau kualiti keja ke laut dlm & hebat bootlicking ja.
Sabar la dekk..hidup ni pahit.
Quote Herlina 12-5-2023 12:05 PM
Yoonggi replied at 12-5-2023 10:57 AM
baru je jd senior tgktn 5, lom jd bos kt opis. respect is earned, not given

biasanya org gini tak kan sampai ke tahap level boss kalau bekerja melainkan jadi boss kump samseng.
Quote zacks 12-5-2023 12:08 PM
terpaling kapla hai kounsil
Quote krustykrab 12-5-2023 12:13 PM
laksmanabentan replied at 12-5-2023 10:56 AM
buang sekolah aja senang....

Bg masuk henry gurney je
Quote noor2 12-5-2023 12:14 PM
Amboiii nk hormat mcm mana gamaknya....budak2 samseng ni elok dihumban dlm sungai penuh buaya
Quote edayildiz 12-5-2023 12:15 PM
i tgk video tu mmg kesian..bodohnya ank sapa la..mmg xreti ajar ank ke apa ek?
Quote edayildiz 12-5-2023 12:16 PM
dua_chzy replied at 12-5-2023 11:23 AM
Kat tempat kerja pun sama kan. Senior marah bila junior tak reti hormat. Cuma weols tak pegi belasah ...

lann..ikotkn nk p tumbuk ja senior kt ofis i kak..suka nau mengarah
Quote Nham22 12-5-2023 12:34 PM
Kalau mak ayah die mmg tak ajar anak menghormat orang tua...ko xyahlah susah sampai bertumbuk nak ajar die... Buang karan
Quote doubleharmonic 12-5-2023 12:58 PM
babi punya pembuli

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046085 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top