CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Terbiar Dipenuhi 1000 Anak Patung, Orang Kampung Dengar Macam-Macam Bunyi Aneh

12-5-2023 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1161| Komen: 12

MADRID: Sebuah rumah terbiar di kampung pinggir Seville di Sepanyol dipenuhi kira-kira 1,000 anak patung.

Rumah usang itu dianggap menyeramkan kerana menceritakan kisah tragis seorang ibu yang kehilangan dua orang anaknya, mula mengumpul koleksi anak patung mainan bagi mengatasi kemurungannya sebelum meninggal dunia.


Lapor Daily Mail, penduduk kampung dikatakan masih enggan mengunjungi rumah itu yang terbiar sejak wanita itu meninggal dunia pada tahun 2017.

Foto: Daily Mail

Penampilan luar rumah itu amat berbeza sekali dengan bahagian dalam yang disusun rapi, dipelihara serta dikatakan tidak pernah disentuh selama bertahun-tahun.

“Tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam rumah itu. Wanita itu dikatakan lebih suka menyendiri daripada bergaul dengan orang lain.

“Malah, penduduk kampung juga berasa takut untuk pergi kawasan berdekatan rumah itu. Mereka menganggap wanita itu tidak siuman dan rumah itu terkena sumpahan,” kata jurugambar, Ben James selepas mengunjungi kediaman itu.


James mendakwa dia terdengar bunyi aneh daripada anak patung mainan itu ketika mengunjungi rumah terbiar tersebut.

“Ketika itu, beberapa anak patung, mungkin disebabkan angin, mula mengeluarkan muzik seperti apabila anda cuba memindahkannya ke tempat lain,” katanya.

Difahamkan, penduduk kampung percaya bahawa patung mainan itu dirasuk roh anak wanita berkenaan.

Malah, penduduk juga percaya sesiapa sahaja cuba mengambil apa-apa barang dari rumah itu akan dirasuk dan mati. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 12-5-2023 10:16 AM
ada 1 anak patung tu kt bawah duk perati direct kt cameraman

Quote lurve82 12-5-2023 10:30 AM
Chucky is real?
Quote Yoonggi 12-5-2023 10:33 AM
simpan byk2 mcm ni mmg ler menyeramkan jadinya, dahtu rmh tinggal lak tu.
Quote syamzana 12-5-2023 10:36 AM
annabelle???
Quote tikusmontok 12-5-2023 10:38 AM
supernaturalee replied at 12-5-2023 10:16 AM
ada 1 anak patung tu kt bawah duk perati direct kt cameraman

Yg pakai blue bonnet tu ya? ..Cutee
Quote supernaturalee 12-5-2023 10:42 AM
tikusmontok replied at 12-5-2023 10:38 AM
Yg pakai blue bonnet tu ya? ..Cutee

haah
btl kan
arah dia duduk tu lain
pahtu kepala dia mcm dihalakan ke cameraman



Quote tikusmontok 12-5-2023 10:45 AM
supernaturalee replied at 12-5-2023 10:42 AM
haah
btl kan
arah dia duduk tu lain

Tp cute kan..iols kalo baby2 pakai gitu, mmg iols gomol2 jer
Quote capiloton 12-5-2023 10:47 AM
Quote cikatilia 12-5-2023 10:54 AM
cantik patung2 tu
Quote hokeypokey 12-5-2023 07:48 PM
buat muzium seram jer lah rumah tu.. jual tiket untung maa
Quote zuuu 13-5-2023 04:47 AM
Director2 hollywood dh leh buat cite seram terbaru based on true story dari kisah ni...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.131171 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top