CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakcik Tua Terkial-Kial Nak Pesan Makanan Guna Mesin Layan Diri- Pekerja Tak Tolong, Orang Ramai Pun Buat Tak Tahu

12-5-2023 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5626| Komen: 76

Banyak restoran kini menggunakan kaedah membuat pesanan makanan dengan menggunakan mesin layan diri ataupun sistem imbasan kod. 

Seorang individu berkongsi kisah ketika dia mengunjungi sebuah restoran makanan segera, baru-baru ini.



Gambar Hiasan

"Baru terjadi depan mata saya. Saya faham mungkin staf tak cukup nak ambil order dekat kaunter tapi staf sepatutnya alert jika orang tua yang nak order.

"Mereka sepatutnya datang terus bertanya untuk order dekat mesin. Tak pun, suruh je dulu pergi dekat mesin dan dalam masa yang sama, mereka monitor pakcik atau makcik tu reti atau tidak buat order.

"Kalau terkial, tolonglah panggil balik orderkan dekat kaunter. Kalau dekat kaunter betul-betuk tak boleh ambil order, panggil helper staf lain minta tolong order dekat machine sekejap.

"Kesian saya tengok pakcik tadi terkial lama depan mesin, lepas tu apabila orang beratur belakang dia, dia bagi orang lain, dia tengok orang buat. Sampai turn dia balik, dia masih terkial," kongsinya di media sosial.


Disebabkan kesukaran untuk membuat pesanan sendiri dan tiada yang tampil menghulurkan pertolongan, warga emas berkenaan akhirnya berlalu keluar.

"Pakcik tu nak makan je. Kenapa nak susahkan orang-orang yang tak reti dengan mesin. Apa salahnya ambil satu order daripada orang yang tak reti dengan gajet," luahnya lagi.

Tambahnya dia tidak mampu tampil ke depan dan menghulurkan bantuan kerana mempunyai 'social anxiety disorder'.

"Sebelum orang tanya kenapa saya tak bantu, saya sebenarnya mempunyai social anxiety disorder sejak saya trauma ketika kecil. Terutamanya bersama pakcik-pakcik ekoran pernah diganggu secara seksual daripada seseorang berpangkat pakcik waktu kecil beberapa kali.

"Tapi jauh di dasar hati saya rasa nak tolong tapi saya tak boleh sebab certain reason yang buat trauma saya triggered.

"Minta maaf pakcik saya tak dapat bantu tadi. Semoga pakcik dapatlah jumpa tempat makan yang senang pakcik nak order berbanding order menerusi mesin," ujarnya.

Individu itu menambah, perkongsian kisah berkenaan adalah kerana mahu menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan untuk bersikap cakna dalam memudahkan urusan golongan yang memerlukan.

Coretan kisah tersebut yang dikongsikan semula di akaun Twitter personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dengan pakcik berkenaan malah mereka turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

"Pernah terjadi juga dulu. Padahal customer tak ramai pun. Saya tolong order sambil jeling dekat staf yang ada dekat situ dan perli. Entahlah diorang dengar ke tak. Sakit hati tengok.

"Pernah jadi kat wife aku, orang depan dia tak reti guna dan wife tolong. Kalau kat restoran yang aku pergi mostly ada staf dekat mesin tolong guide siapa yang tak tahu.

"Tapi kalau satu lagi restoran ni, tak pernah jumpa staf tolong guide, setiap masa nak harap customer lain yang tolong ke macam mana?

"Saya pernah juga tolong order dekat orang tua yang tak tahu guna mesin layan diri. Lepas tu saya cakap kuat-kuat 'tak guna staf ramai dalam kedai tapi seorang pun tak boleh nak bantu," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-5-2023 09:28 AM
Walaupun aku mi sejenis tak peramah kat luar, tapi klu aku tgk mcm orang tua terkial2 mcmtu, aku tetap akan tolong.. sebab aku tak suka perasaan yang andai kata aku pulak berada kat tempat org tua tu..
Quote esbok 12-5-2023 09:31 AM
Akan sampai masa, kita pulak akan duduk tempat pakcik tu nanti, tercangak cangak. Technology sangat laju. Satu masa nanti, kedai dah takde pekerja, hang cakap dengan mesin je nanti. Kira nanti mungkin kita dengan staff dalam cerita tadi tu, tercangak lah sama-sama
Quote shernazz 12-5-2023 09:38 AM
Nape Rakam?
Bgtau la kat orang lain dalam TU yang pompuan soh tolong..
Kalau trauma dgn lelaki...
Quote pittjie 12-5-2023 09:43 AM
shernazz replied at 12-5-2023 09:38 AM
Nape Rakam?
Bgtau la kat orang lain dalam TU yang pompuan soh tolong..
Kalau trauma dgn lelaki...

macam tak rakam pun. dia cuma ceritakan pengalaman yang dia jumpa tu je kan?

Quote Simunggu 12-5-2023 09:47 AM
zaman sekarang mcm ikut trend org muda....bukan zaman ikut kehendak org tua....

zaman dulu dulu mementingkan org tua tu sbb menu pun tulisan besar utk org tua yg rabun...

patutnya kemudahan sekarang ada utk OKU & ada utk org tua friendly
Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2023 09:49 AM
Kenapa tak pesan makanan di counter lagi senang.
Quote capiloton 12-5-2023 09:55 AM
"Kesian saya tengok pakcik tadi terkial lama depan mesin, lepas tu apabila orang beratur belakang dia, dia bagi orang lain, dia tengok orang buat. Sampai turn dia balik, dia masih terkial," kongsinya di media sosial.


yang belakang pakcik tu pun satu samdol.
tak boleh ker tolong key in kan

amik resit, pastu suruh pakcik tu bayar kat kaunter.
bayar boleh manual lagi ler
Quote supernaturalee 12-5-2023 09:57 AM
FOTHER-MUCKER replied at 12-5-2023 09:49 AM
Kenapa tak pesan makanan di counter lagi senang.

kaunter utk dorg prepare mknn je

pernah je kena
pi kaunter nk order
pastu dia kata order kt kiosk
ekceli dia x ckp pun tau
dia tunjuk je signage yg tulis sila order di kiosk

that's why adab2 ni makin kurang dh
sbb x perlu nk ckp2
main tunjuk2 je
lain la klu oku

Quote midori888 12-5-2023 09:57 AM
Perawankota replied at 12-5-2023 09:28 AM
Walaupun aku mi sejenis tak peramah kat luar, tapi klu aku tgk mcm orang tua terkial2 mcmtu, aku tet ...

Sama...akan cuba tolong...kalu ada adik meols, meols akan suruh dia gi tolong....

Quote TomyamPuteh 12-5-2023 09:57 AM
Aku memanjang acik2 Pelbagai bangsa mintak tlg jolok kad kt ATM. Byk btul duit diorg dlm bank ye
Quote msdummy.2018 12-5-2023 09:58 AM
Mcd jaranglah xder staff tlg kat machine tuh..tp kalo tcrs mmg hampeh. Menyumpah btol aku
Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2023 10:01 AM
supernaturalee replied at 11-5-2023 05:57 PM
kaunter utk dorg prepare mknn je

pernah je kena

Oh ye ke,  McDonald’s dan fast food restaurant disini masih boleh pesan makanan di counter
Quote grouper 12-5-2023 10:02 AM
Usah risau pakcik...bila teknologi ai dh implement dlm mesin2 layan diri ni x payah staf ke org len nak tolong...ai tu yg akan tolong balik klau x reti nak order
Quote supernaturalee 12-5-2023 10:04 AM
TomyamPuteh replied at 12-5-2023 09:57 AM
Aku memanjang acik2 Pelbagai bangsa mintak tlg jolok kad kt ATM. Byk btul duit diorg dlm bank ye:lov ...

uols ada vibe atau aura yg menyenangkan la tu



Quote Samerosie 12-5-2023 10:04 AM
Kenapalah cerita ni hasanah bolkiah sangat.  Sebab selalu kalau iols gi mcd, orang tua akan terus ke kaunter sebab derang pun ada fear of using machines ni.  Tak tau la pula kalau mcd tak terima order kat kaunter sebab once a while pun iols terus je pergi kaunter.
Quote shernazz 12-5-2023 10:05 AM
pittjie replied at 12-5-2023 09:43 AM
macam tak rakam pun. dia cuma ceritakan pengalaman yang dia jumpa tu je kan?

Ooo iols.ingatkan atas TU gambo dia..
Hahaha
Maklum la..baca sambil makan ni nak cepat aje..
Quote rospinki 12-5-2023 10:06 AM
iols rajin digunakan org utk online pastu bagi cash kt aku. ada tu dia bagi set free sbgi imbuhan..mostly org luar bukan wargenagera
Quote shernazz 12-5-2023 10:07 AM
Samerosie replied at 12-5-2023 10:04 AM
Kenapalah cerita ni hasanah bolkiah sangat.  Sebab selalu kalau iols gi mcd, orang tua akan terus ke ...

Biasa gitu lah.
Tapi ada je staff yang minta ke mesin layan diri TU kaka..Dan ditemani staff TU lah..sebab staff TU akan tolong klik2 TU..

Kalau mak iols mmg entah apa la dia order..naseb la anak2 dia sokmo bawak dia...so dia akan ckp "ko order la ape2 yang sedap"
Quote Samerosie 12-5-2023 10:08 AM
shernazz replied at 12-5-2023 10:07 AM
Biasa gitu lah.
Tapi ada je staff yang minta ke mesin layan diri TU kaka..Dan ditemani staff TU la ...

OMg sama le dgn mak iols....lepas dah kita order kan "apa2 yg sedap" kenapa order ni mama ingat nak nuggets.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.134588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top