Pemilik Ruccimodisch, Rufaihah Ishak mendedahkan pernah mengalami kekecewaan selepas terkandas dalam temuduga kerja pertama bagi jawatan pensyarah pada Disember 2022. Mengakui dia menangis selama sebulan disebabkan gagal menggapai cita-citanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini akhirnya akur dengan ketentuan Allah.
Malah, dia bersyukur kerana keluarga dan suaminya tidak lekang memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha untuk mencapai impian. "Pada awal tu suami berat hati apabila saya cakap nak mohon (jawatan pensyarah) tapi selepas saya yakinkan, dia akhirnya bersetuju dan membantu apa yang patut. "Apabila dipanggil temuduga, memang rasa gembira sangat... saya bagi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan. "Tapi apakan daya, saya tidak berjaya menempatkan diri malah semasa menghadirinya, saya sudah agak 'senior' berbanding calon lain yang rata-ratanya 20-an," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Disebabkan ingin mengetahui siapa yang berjaya menjawat jawatan berkenaan, Rufaihah memuat naik status di media sosial berhubung perkara tersebut. Akhirnya anak kelahiran Klang, Selangor ini terkejut selepas mengetahui individu yang berjaya menyandang jawatan tersebut adalah seorang lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dan hanya berkelulusan ijazah. "Saya ingatkan pesaing ada master dan sedang sambung doktor falsafah yang berjaya tapi rupanya bukan... selepas diselidiki, rupa-rupanya graduan baharu," ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Peruncitan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Merasakan graduan baharu itu tidak layak, dia menceritakan situasi ketika temuduga kerja berlangsung. Menurutnya, enam calon memasuki bilik yang sama dan duduk berhadapan panel penemuduga. "Apabila diminta memperkenalkan diri, saya adalah orang pertama yang menjawab termasuk kesemua soalan yang diajukan... dan saya menjawabnya dengan baik. "Masa ini saya terangkan sudah ada bisnes tetapi minat untuk menjadi pensyarah serta meneruskan cita-cita. "Individu tersebut berbeza, dia hanya copy and paste ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat. Mungkin juga sebab dia graduan baharu dan sesuai dengan gaji yang ditawarkan," luahnya sayu. Meskipun masih berharap dapat mencapai cita-citanya itu, wanita berusia 34 tahun enggan terus dibelenggu kesedihan. Dia kembali bangkit dan merencanakan perniagaan pakaian yang telah dimulakan sejak 2012 iaitu selepas tamat pengajian ijazahnya, supaya berkembang lebih besar. Pada Februari lalu dia mula mengaktifkan diri dengan menghasilkan beberapa rekaan dan koleksi Hari Raya Aidilfitri. Umpama rezeki terpijak, setiap rekaan yang dihasilkan di bawah jenama Ruccimodisch mendapat sambutan baik sehingga menjadi tular. 7202086677106527515 "Saya ditemu bual rancangan televisyen popular serta akhbar arus perdana. Gembira sangat dan Alhamdulillah masa tu, semua koleksi saya habis terjual. "Bayangkan dalam tempoh sejam, kira-kira 200 pasang baju terjual," ceritanya yang memulakan perniagaan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan berkongsikan kisah mereka yang pernah berhadapan situasi sama. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui Rufaihah adalah pemilik sebenar Ruccimodisch. Sumber: mStar
|
Nham22 replied at 12-5-2023 12:12 AM
Sepatah harommmmaku x kenaiiiii rucci aoe ntah
malaysiaku123 replied at 12-5-2023 03:15 AM
Tu rezeki la dik
Husband i dl pn iv jwtn tetap gomen as tenaga pengajar jg Tp bukan u la..gred 41
In ...
ledigugu replied at 12-5-2023 12:50 AM
Bitter much. Terima laa ini bukan rezeki you. Sampai nak malukan candidate yg dapat tu, siap banggak ...
prince_marhaen replied at 12-5-2023 08:55 AM
Dari cara penulisan kau pun dah tau kau sejenis pompuan annoying & mudah bitter dengan orang, always ...
malaysiaku123 replied at 12-5-2023 03:15 AM
Tu rezeki la dik
Husband i dl pn iv jwtn tetap gomen as tenaga pengajar jg Tp bukan u la..gred 41
In ...
gideoncross replied at 12-5-2023 11:25 AM
Bruneiku terchenta skrg ni pun susah cri krja, sbb rata2 nak pkrja yg muda2 je, start umur 18 thun & ...
PULANGKAN replied at 12-5-2023 12:00 PM
semenanjung ni pun sama. adik laki Iols merata cari kerja. max umo 26 sahaja diterima
minta keje ...
gideoncross replied at 12-5-2023 01:42 PM
Recently kat sini nak dpt krja cra snang, msti ada family or knalan. Ada yg iol knal ni bhgian adm ...
PULANGKAN replied at 12-5-2023 02:56 PM
tabahnya chuols
senasib dengan adik Iols
ADVERTISEMENT