Uyaina Arshad, bersanding sekali dengan bersama suami, Raja Syahiran pada majlis aqiqah anaknya, Raja Urhan, berusia tujuh bulan. Katanya dia dan suaminya yang bernikah pada 20 Disember 2021 tetapi tidak berkesempatan mengadakan resepsi perkahwinan kerana terus hamil selepas itu.
"Alhamdulillah, kami tumpang majlis aqiqah anak dan rumah terbuka hari raya juga untuk merasai 'ala-ala bersanding' sebab selepas nikah dulu tidak dapat buat resepsi. Ketika nikah pun, kira-kira 100 tetamu saja yang hadir. "Sebab itu, kami pun pakai baju tradisional Melayu dan tetamu yang datang pun menggayakan pakaian tradisional juga. Jadi, seronoklah majlis aqiqah, sambutan hari raya dan ala-ala resepsi perkahwinan diadakan serentak," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai konsep majlis yang menampilkan klasik tradisional dengan dimeriahkan sketsa Musang Berjanggut dan tarian Ketipang Payung itu, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata ibu mentuanya, Nor Alhan Ismail bertindak sebagai perancang acara. "Alhamdulillah, majlis diadakan ini dihadiri kira-kira 350 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat saja. Majlis juga dihiburkan oleh Datuk Nora Ariffin dengan lagu Desa Tercinta," katanya. Mengulas mengenai penjagaan anaknya ketika keluar bekerja, Uyaina berkata dia selesa anaknya berada di bawah jagaan pembantu di rumah.
Katanya, dia tidak terfikir menghantar anaknya ke pusat asuhan. Uyaina juga hos program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 mengakui seorang yang suka bekerja dan tidak biasa bercuti lama.
Bagaimanapun, dia tetap mengutamakan masa dengan anaknya, Raja Urhan secara banyak bermain bersama dalam proses tumbesaran ketika ini. Uyaina yang mendirikan rumah dengan penyanyi, Raja Syahiran pada 2021 melahirkan Urhan pada 8 September tahun lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|