Park Eun Bin bernasib baik tidak cedera dibaling batu semasa menjalani penggambaran drama Diva of the Deserted Island. Difahamkan, pelakon itu terselamat apabila seorang pekerja produksi berusia 20 tahun pantas menyelamatkannya daripada terkena balingan berkenaan.
Memetik laporan Allkpop, hasil siasatan mendapati seorang lelaki agak berusia membaling batu di lokasi penggambaran tersebut selepas mengadu kawasan rumahnya bising selain cahaya lampu yang terlalu terang. Disebabkan perkara itu, lelaki berkenaan mengalami kesukaran untuk tidur dan bertindak membaling batu di kawasan penggambaran tersebut berulang kali. Susulan itu, penerbit yang terlibat dengan drama yang dilakonkan itu memberitahu bahawa lelaki berkenaan sudah pun ditahan polis pada 30 April lalu. Namun penggambaran tersebut masih lagi berjalan seperti biasa namun pihak produksi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
"Memang ada kes dibaling batu-bata di lokasi penggambaran tersebut sehingga ada kru yang cedera. Namun kes ini masih lagi dalam siasatan dan kami masih lagi berhati-hati di lokasi tersebut. "Kejadian tersebut berlaku pada 30 April lalu pada pukul 4 petang malah lelaki tersebut juga telah ditahan polis," jelasnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT