Shahrul Amri Ibrahim dan isterinya, Nurul Akma Abd Rashid kematian anak beberapa hari sebelum sambutan 1 Syawal. "Kami memang memang sudah mengetahui keadaan Tariq (umur tak panjang) sejak dia dilahirkan kerana arwah disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir. Malah sepanjang empat bulan usianya selepas dilahirkan dia berada di dalam wad dan menerima rawatan.
"Doktor pun sudah sedia maklum yang jangka hayat anak saya tidak panjang," katanya ketika dihubungi mStar. Kisah pemergian Tariq mendapat perhatian netizen selepas Shahrul berkongsi berita sedih itu di TikTok. "Salam Lebaran daripada kami berdua. Tahun lepas raya bertiga, tahun ni berdua sebab Tariq dah beraya awal dekat syurga," tulisnya ringkas. Keadaan kesihatan Tariq bukanlah asing dalam kalangan pengguna TikTok kerana bapanya itu sering berkongsi gelagat si kecil berkenaan menerusi platform tersebut. Bercerita lanjut tentang berita duka itu, Shahrul berkata dia dan isteri bagaimanapun tidak menyangka anaknya akan menghembuskan nafas terakhir pada 20 April lalu iaitu pada usianya setahun 6 bulan. "Tariq berada dalam keadaan baik sehingga Rabu (19 April). Sebab tu kami tak sangka keesokan harinya dia akan pergi selamanya," luahnya hiba.
Menurut bapa berusia 27 tahun itu, anaknya meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman isterinya di Benut, Johor. "Kami keluar rumah kira-kira pukul 7.05 pagi... pada masa ni dia tidak berhenti merengek (menangis). "Setibanya di salah sebuah stesen minyak di Kajang, Selangor... isteri saya dapati Tariq sudah tidak bernafas," ujarnya sambil mengakui tangisan anaknya pada pagi itu berbeza daripada kebiasaan. Tambahnya, sejurus tiba di Hospital Kajang, doktor mengesahkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia pada pukul 7.39 pagi. Katanya lagi, jenazah Tariq dikebumikan di Rompin, Pahang iaitu kampung halamannya. Tambah Shahrul, kehilangan anak tercinta turut memberi tamparan hebat buat isterinya. "Tahun lepas kami dapat beraya bertiga tapi tahun ni hanya baju sahaja yang tinggal. Memang terasa kehilangan lebih-lebih lagi pada isteri yang sepenuh masa bersama Tariq. "Pun begitu, dia terima dan reda dengan ketentuan Allah. Cuma saya bimbang keadaan dia yang kini sedang hamil anak kedua. "Oleh itu, saya limitkan kerja dan memperlahankan sedikit perjalanan bisnes demi meluangkan masa bersama isteri," katanya yang pernah tular melakukan tiga kerja sekali gus sejak bujang. -CARI Sumber: mStar
|
ChildrenOfBodom replied at 25-4-2023 01:18 PM
Lepas mati bukan dok di alam barzakh dulu ka sebelom p kasorga ataw neraka?
uda replied at 25-4-2023 09:32 PM
Betul, itulah yang ustaz2 cakap.
Lagi satu ustaz cakap : kita tidak boleh kata anak syurga or tung ...
uda replied at 25-4-2023 09:32 PM
Betul, itulah yang ustaz2 cakap.
Lagi satu ustaz cakap : kita tidak boleh kata anak syurga or tung ...
darkness replied at 25-4-2023 09:49 PM
Ohh kalau pasal tu tau jugakla..cuma baby ataupun anak yg belum akilbaligh kan belum ada dosa..mcm ...
cecari replied at 26-4-2023 06:31 AM
kita sentiasa husnu dgan dengan Allah... cuma... kita tak boleh kata perkataan yg konfom spt dia m ...
noor2 replied at 26-4-2023 07:15 AM
Maafla aku nk ckp....anak ko menangis x henti2 ko pi bawak jugak naik kereta balik kg...knp x bawak ...
noor2 replied at 26-4-2023 07:15 AM
Maafla aku nk ckp....anak ko menangis x henti2 ko pi bawak jugak naik kereta balik kg...knp x bawak ...
ADVERTISEMENT