CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Sorok Jantan Belakang Pintu, Duda Sampai Hutang Ceti Nak Besarkan 3 Anak

25-4-2023 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1053| Komen: 11

"Balik kerja ni penat, tiba-tiba ada jantan lain belakang pintu. Kau (isteri) sanggup buat suami macam tu.

"Saya bertungkus-lumus cari duit, sanggup berhutang dengan ceti lagi pasal nak membesarkan anak.


"Dia tak pernah bekerja, duduk rumah saja saya minta jaga anak-anak.

"Saya balik kerja, macam tu dia buat saya? Anak yang kecil beritahu saya," luah seorag lelaki.


Foto: Tiktok

Selepas kantoi curang, si isteri minta untuk berpisah dan membawa tiga anak mereka pulang ke Kedah.

Bagaimanapun, dia mengambil semula anak-anaknya selepas mendapat panggilan telefon daripada abang ipar bahawa anak-anaknya didera oleh bekas isteri.

"Malam tu juga saya naik bas terus pergi ke Kedah. Tiga-tiga saya terus bawa balik sini," katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, ketika itu anak yang paling kecil baru berusia tiga tahun.


Setelah sembilan tahun berlalu, bapa tunggal itu membesarkan anak-anaknya dengan rezeki bekerja sebagai tukang sapu sampah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, lelaki berkenaan terpaksa menyara anak-anaknya dengan berhutang pada ceti.

"Pendapatannya tak cukup nak sara anak-anak. Tak sanggup nak lihat anak-anaknya lapar dan tak ke sekolah, dia terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi pada ceti.

"Daripada RM1,600 gajinya, hampir separuh digunakan untuk melangsaikan hutang pokok RM300 bersama bunga (faedah) RM400 setiap bulan," demikian menurut Arba Foundation, satu gerakan bagi membasmi kemiskinan di Malaysia.

Kisah bapa tunggal itu dikongsi selepas dia diberikan bantuan bagi menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.

Bermula dengan gaji serendah RM650 kira-kira 20 tahun lalu, pendapatannya kini masih belum mampu menyara kehidupan anak-anak di bandar.

"Sampai sekarang baru seribu lebih, tak sampai dua ribu. Duduk di Kuala Lumpur kalau (gaji) tak sampai RM2,000 macam mana?

"Memang saya pun penat, tapi saya tak boleh tengok anak-anak kalau kelaparan. Saya tak nak.

"Biar saya tak makan, tak apa. Saya nak anak-anak saya (makan). Itu saja," katanya dengan nada sebak. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 25-4-2023 11:44 AM
Ni ak ada tertengok kt tt.. Kesian betul pakcik ni.. Ada yg tny knp x de bantuan tuk bp tunggal yg jg ank2
Quote Skuau 25-4-2023 11:58 AM
shida81 replied at 25-4-2023 11:44 AM
Ni ak ada tertengok kt tt.. Kesian betul pakcik ni.. Ada yg tny knp x de bantuan tuk bp tunggal yg j ...

Sobab...laki boleh hidup kalau campak dalam hutan.
Quote margo20 25-4-2023 12:34 PM
Biau ler laku tu bekerja kang bg mcm mcm jd bewak pulok
Quote blue_blur 25-4-2023 01:57 PM
membiawak kat rumah mentua, kecik hati dengar bunyi hempas2 hentak2...
membiawak kat rumah sendiri, mencurang...

pakcik patut beli mesin tujah, ikat dia, on sampai lunyai kering, baru p kerja, hari2, spesis  macam ni, laki ke perempuan takkan nya insaf..
Quote shernazz 25-4-2023 02:21 PM
Moga ada bantuan buat pakcik ni
Dan anak2 belajo rajin2...sampai berjaya..
Quote Thunderclouds 25-4-2023 02:43 PM
"Bermula dengan gaji serendah RM650 kira-kira 20 tahun lalu, pendapatannya kini masih belum mampu menyara kehidupan anak-anak di bandar." - pacik si bapak tunggal

"Dh tau xmampu nk sara ank, pacik patot sarung kondom." - acik porum terpaling

Quote kotakbaju 25-4-2023 02:55 PM
Skuau replied at 25-4-2023 11:58 AM
Sobab...laki boleh hidup kalau campak dalam hutan.

Laki je yg bleh hidup. Anak2 macam mana pulak
Quote KamikuP 25-4-2023 05:11 PM
Jahatnya dan sundel bolong betoi bini pakcik tu ye.. moga kene sambor petir
Quote chandrahusin 25-4-2023 05:14 PM
selalu laki buat hal
sesekali bini buat hal
laki buat hal
aman2 je ibu tunggal anak 9 anak 11 besar kan anak
Quote primarikey 25-4-2023 07:59 PM
chandrahusin replied at 25-4-2023 05:14 PM
selalu laki buat hal
sesekali bini buat hal
laki buat hal

Biasa la lelaki...susah skit dh kecoh
Tgk ibu2 tunggal...ramai je yg idup susah...tp senyap2 je...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040062 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top