Seorang pemuda di Facebook berkongsi cerita tentang kanak-kanak yang didakwa tidak pandai bergaul kerana dibesarkan secara terasing oleh ibu bapa mereka. "Aku ada jumpa sebuah keluarga ni. Mereka jenis duduk kondominium. Anak tak pernah nak bawa jumpa keluarga. Dah besar anak. Yang tua dah sekolah menengah. Yang kecil ada belum sekolah.
"Jenis mak ayah kongkong anak sampai tak nak bagi berkawan dengan jiran-jiran. Balik sekolah je terus duduk rumah. Macam itulah rutin harian mereka. "Sekali bila bawa anak-anak datang beraya jumpa keluarga, jiran main mercun, anaknya yang sekolah menengah tu duduk diam menangis takut bunyi mercun," ceritanya. Menurut pemuda itu, adik-beradiknya yang lain turut berkelakuan sama, malah mereka ketakutan apabila terpaksa bersalaman dengan tetamu yang hadir untuk beraya. "Anak-anak dia yang lain pun menangis, takut sampai haru satu rumah. Mengalahkan orang trauma.
"Biarkan bunyi mercun tu bising, biar hilang rasa takut dengan bunyi letupan. "Jenis aku, aku hanya fikir bila budak-budak main mercun ni, aku terkenangkan negara Islam yang dibom Israel. "Macam mana la nasib mereka? Kita baru bunyi mercun dah maki orang, nanti jiran pun tak suka," ujarnya lagi. Selain takut dengan bunyi mercun, pemuda itu mendakwa kanak-kanak tersebut juga tidak reti untuk bergaul dengan tetamu ketika raya. "Lepas tu jenis jumpa orang, lepas salam anak duduk menyorok belakang mak ayah. Takut ke segan ke tak tahu la. "Suruh ambil minuman pun tak nak. Nak pergi tandas pun mak bapa kena temankan. Sebab anak dia terkongkong. Orang yang tengok pun rasa kesian. "Bila mak ayah suruh baru buat satu-satu. Takut nak bergaul, mereka macam budak-budak 'skema'. Senyap je tak berbunyi, tak bercakap. Sepatah kita tanya, itu pun susah nak jawab," ujarnya lagi. -CARI Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 25-4-2023 11:14 AM
Helok la daripada budak2 yang datang rumah orang biadap nak mampus yang sekolah menengah mulot tak r ...
anony-mous replied at 25-4-2023 11:19 AM
Eh babi hasanah punya cerita!!!! Xkn ank tu x pegi sekolah??? Org sekarang suka betul reka cerita bo ...
nolya replied at 25-4-2023 11:31 AM
Tu semua salah makayah tak didik anak apa yg boleh dn tak boleh dibuat. Hidup bermasyarakat seharu ...
nolya replied at 25-4-2023 03:31 AM
Tu semua salah makayah tak didik anak apa yg boleh dn tak boleh dibuat. Hidup bermasyarakat seharu ...
dua_chzy replied at 25-4-2023 11:18 AM
Juga apa ko keji budak2 tu takut dengan tetamu yang strangers di mata deols? Kalau budak2 tak nak sa ...
Tinot7 replied at 25-4-2023 11:37 AM
Bila baca psl rotan, kayu pembaris ni iols tingat kat bebudak mesia dok sweden yg mak pak kena pen ...
Rajawali replied at 25-4-2023 11:20 AM
aku pulak lebih nyampah dengan specis belalang juta...kita buat makan kecik2 je ajak sedaramara terd ...
ADVERTISEMENT