Personaliti media sosial terkenal Indonesia, Bunda Corla memaklumkan tindakan membeli sebuah rumah di Jerman yang pada Mac lalu adalah sebagai persediaan hari tuanya. Corla berkata, meskipun agak sukar membeli rumah di negara tersebut disebabkan proses yang panjang namun dia bersyukur akhirnya memiliki aset sendiri.
"Rumah itu mungkin rumah masa tua saya apabila sudah pencen daripada kerja di McDonalds. "Yang penting saya gembira bila berjaya beli rumah di Jerman. Nak dapatkan rumah di sana ibarat mencari jarum dalam jerami. Susah sangat," katanya menerusi portal DetikHot. Penyanyi dangdut berusia 48 tahun ini memberitahu impian terbesarnya untuk memiliki rumah sudah tercapai sekali gus cukup berpuas hati dengan pencapaiannya. "Dah tak ada yang nak dicapai lagi, rumah dah dapat jadi saya dah bahagia," kongsinya. Sebelum ini, Corla berkongsi kepada peminatnya tentang rumah baharu yang berjaya di beli di Jerman itu.
Malah Corla juga memilih gaya minimalis moden berwarna putih agar rumahnya terlihat bersih dan lapang. Sumber: mStar
|
sayurmayur88: ni yg famous kat tt, dia buat ...
sayurmayur88 replied at 25-4-2023 11:13 AM
ni yg famous kat tt, dia buat live view dia puluh2 ribu org indon lh majoriti sokong dia.
dulu iolls ...
ADVERTISEMENT