CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rossa Intai Peluang Kolaborasi Dengan Penyanyi Malaysia

17-4-2023 09:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 415| Komen: 3|Original author: Tatod

Pernah bekerjasama dengan Hafiz Suip dan Joe Flizzow, penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa sekali lagi meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia memandangkan dia sudah lama tidak muncul duet dengan mana-mana penghibur dari negara ini.


Pemilik nama sebenar, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 45, berkata, dia tidak menolak sekiranya diberikan peluang itu namun buat masa ini belum mempunyai sebarang perancangan ke arah berkenaan.


Tambahnya, dia akan mencari konsep lagu yang sesuai sebelum memilih mana-mana penyanyi untuk digandingkan.

"Saya memang ingin berkolaborasi dengan artis Malaysia tetapi buat masa ini belum ada yang pasti.

"Biasanya saya tidak memilih rakan duet terlebih dahulu, namun lebih mencari konsep yang sesuai untuk menghasilkan lagu.

"Macam sebelum ini saya berduet dengan Hafiz Suip, Joe Flizzow, itu saya yang menetapkan konsep terlebih dahulu dan baru saya cari rakan duet yang sesuai," katanya.



Dalam perkembangan lain, Rossa berharap single terbaharunya berjudul Khanti dapat menandingi beberapa lagu runut bunyi yang pernah dirakamkan sebelum ini.

Katanya, Khanti merupakan lagu runut bunyi bagi drama Bidadari Bermata Bening yang sedang disiarkan menerusi platform penstriman digital Viu Indonesia.

"Sudah lama sangat saya tidak menyanyikan lagu tema kerohanian dan kebetulan lagu ini juga dilancarkan dalam bulan Ramadan.

"Lagu ini membawa makna yang sangat mendalam. Ia banyak menceritakan tentang kesabaran dalam cara Islam dan tentang sebuah harapan ingin mendapatkan cinta terbaik di akhir ceritanya.

"Harapan saya agar peminat dapat menerima lagu ini dan bagi mereka yang sudah lama menanti saya menyanyikan lagu-lagu keagamaan.

"Ini adalah lagu yang menurut saya lebih kurang seperti Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta dan Hijrah Cinta," katanya.


Lagu tersebut adalah ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik hasil kerja Andi Rianto.

Jelas Rossa, Khanti membawa maksud sabar yang diambil daripada bahasa sanskrit dan ia ciptaan sepenuhnya oleh Melly Goeslaw dan susunan muzik Andi Rianto. - CARI


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 17-4-2023 10:48 AM
Intai apa nya, dia bukan dah ada dato kat sini? satu badan dah kat sini
Quote PULANGKAN 17-4-2023 04:42 PM
datok vida ke, cik b ke.. tiberh

asalkan jangan toklep, kang dia bantai nya menari pakai baju snorkeling tu
Quote cikperiukkera 19-4-2023 06:11 PM
Msh comel sheols ni… harap x repair muka mcm kd..skrg dh teruk sgt sampai gg pn dh nampak jongang

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.040402 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top