CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Tergamak Tengok Warga Emas Jalan Bongkok Kerja Hantar Makanan, Isteri Aliff Irfan Hadiah Sebuah Kereta

16-4-2023 05:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4667| Komen: 22|Original author: Tatod

Beberapa hari lalu, seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video menyentuh perasaan memaparkan seorang warga emas yang berjalan dalam keadaan bongkok mencari rezeki sebagai penghantar makanan.


Menerusi video berdurasi 55 saat itu, lelaki berkenaan memberitahu dia tetap bekerja di bulan Ramadan dan hanya berhenti berehat untuk berbuka puasa dan solat.


Video tersebut yang turut menyentuh perasaan personaliti media sosial Nurul Nabilah atau lebih mesra dengan sapaan Bella yang sebak dan kagum dengan kegigihan warga emas itu mencari rezeki halal demi kelangsungan hidup.

Atas dasar itu, Bella atau Nurul Nabilah Aliah Hazman, 28, mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebuah kereta untuk pakcik tersebut demi keselesaan dan keselamatannya.

"Bella buat keputusan sempena bulan puasa yang mulia ini untuk kongsi rezeki hadiahkan pakcik sebuah kereta.

"Jadi, pakcik sudah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apa-apa pun, pakcik tetap kena jaga diri," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada personaliti media sosial Alieff Irfan ini turut memberitahu, pakcik itu juga sudah tidak disarankan menunggang motosikal atas nasihat doktor.

Kata Bella, dia terharu melihat lelaki berusia 68 tahun itu mencari rezeki dan teringatkan kepada datuknya.


"Bella tengok video pakcik grab viral, tiba-tiba Bella teringat dekat datuk Bella. Pakcik ini masih berusaha mencari rezeki pada usia 68 tahun walaupun keadaan tak mengizinkan.

"Pakcik ini sakit belakang, jadi doktor pun tidak menggalakkan dia untuk menunggang motor lagi," ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh Bella dan mendoakan agar personaliti media sosial ini sentiasa dimurahkan rezeki.


Sumber: mStar, IG BELLESTRELLE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-4-2023 04:41 AM
Tapi rasa2 pakcik ni still nak buat grab tak?
Quote margo20 17-4-2023 06:16 AM
Dr kau bg kete baik bg je cash tu pasni nk isi minyak byr tol ape sume da kena non stop pulak buat grab
Quote whimsicalmusic 17-4-2023 06:41 AM
so sblm ni pakcik tu naik motor ke buat grab? iolls xbaca ape posting tu. dr die bg kereta, baik die bwk pakcik tu g betulkan tulang ke..kereta pn kalo bwk grab lg susah kot nk cilok2 huhu
Quote bitterchoc 17-4-2023 07:13 AM

Tapi maksudnya pakcik ni masih kena kerja hantar makanan. Pastu belanja untuk maintain kereta tu. Mungkin lagi baik diberi kerja yang mudah2 dengan company deyols.
Quote esbok 17-4-2023 08:05 AM
whimsicalmusic replied at 17-4-2023 06:41 AM
so sblm ni pakcik tu naik motor ke buat grab? iolls xbaca ape posting tu. dr die bg kereta, baik die ...

aku setuju dgn kata2 hang. bawak dia pi check tulang, kot pi jumpa yang pi patah2 kan tulang tu apa nama? kot boleh diri tegak, bole berlari sat g
Quote Thunderclouds 17-4-2023 09:01 AM
Bersabar la chuols.
Brapa ramai sgt la 'influencers' mulayu yg guna common sense.
Kalo nk tgk jgk konten depa sekadar tgk je la. Xyah pikir apa.
Wat sakit otak.
Quote misc 17-4-2023 11:17 AM
Baik beli axia je kat pakcik tu kalau nak guna utk buat delivery. Jimat minyak sikit. Unless dia tolong cover bayar minyak utk saga tu sekali.
Quote Kurex 17-4-2023 04:23 PM
iols tak kenal pun siapa alep irpan ni & langsung takde hati nak google siapa dia ni
Quote ezacbee 19-4-2023 06:12 AM
Bukan memudahkan tapi menambahkan beban pakcik ni klo naik keta.

Xde rawatan sakit belakang pakcik ni ke.. Itu lagi penting.
Quote vanillaninja 19-4-2023 08:34 AM
I baca on Twitter abang Viva tu pun mengaku heols mampu nak isi minyak je lepas dapat Hilux ke apa entah from founder SSKJP. Nak bayar maintenance pun tak mampu.

Yang memberi ni pun bengap ke. Ada sebab ada orang tak beli kereta. Maintenance salah 1. Kalau mampu bayar installment bulan2 pun, belum tentu mampu nak isi minyak and tol. Unless theyols memang promise nak bayar bulan2, minyak semua ditanggung. Put in writing.
Quote kucingitam 19-4-2023 11:58 AM
tak bodoh bukan influenza la.. udah satu kerja pakcik tambah kos sara hidup nak isi minyak. maintain keta, roadtax insurans..
Quote mamajawie 19-4-2023 05:09 PM
si sibat ni la kan yg bagi abang viva 4wd last kereta x terbayar rotex insurans, maintenance kelaut da kereta tu..
Quote Blabbermouth 27-4-2023 01:36 PM
Jual kereta, gunakan duit tu untuk tampung hidup. Haha
Quote forex 28-4-2023 11:34 AM
mmg style skang ni bawak duit kepok kepok cmtu ja kah?
Quote kikilala_comei 16-5-2023 02:55 PM
paling tak percaya. muda2 lagi dah kaya-raya. duit berkepok2.. huhu
Quote seri_mawr 19-5-2023 03:55 PM
pakcik tu dah 68 tahun...baik jek la bg cash tu ke pakcik...masukkan bank...tak pun every month bank in kan duit belanja kat pakcik tu tuk kelangsungan hidup......tgk pakcik tu macam terbongokok2 jek...senang ke beliau nak bawak kereta....
klu jem lagi payah
Quote kerani_je 19-5-2023 04:30 PM
mamajawie replied at 19-4-2023 05:09 PM
si sibat ni la kan yg bagi abang viva 4wd last kereta x terbayar rotex insurans, maintenance kelaut  ...

Tu org lain. Founder kelantan nama Sha hasan..Sama je diorg ni sjenis founder batak glamer nk bt marketing je lebih. Bkn nk bntu org sgt pun. Klau btul nk bantu senyap2 sudah x pyh rekod pun n buat video content.
Sekor lg versi lelaki mamat budu,  hafiz mahamad. Ape bnda pun duk bt video. Semak tau tgk. Segala hadiah ke sumbangan mak nenek semua die rekod. Terpaling sekali die raja konten. Hidup ko je la terpaling surprise kn bini,  mak,  staff n cikgu skolah ko dulu. Rengsaaa aihh
Quote mamajawie 19-5-2023 04:35 PM
kerani_je replied at 19-5-2023 04:30 PM
Tu org lain. Founder kelantan nama Sha hasan..Sama je diorg ni sjenis founder batak glamer nk bt m ...

oh, org lain ke tapi matlamat sma je yachh..ohhh, ni hafiz tu jgn dikecam dia kn penderma paling byk kat misi rakyat..mau kne maki dengan netizen acik2 smpai x ckup tnah nk berlari kang..

Quote kerani_je 19-5-2023 04:54 PM
mamajawie replied at 19-5-2023 04:35 PM
oh, org lain ke tapi matlamat sma je yachh..ohhh, ni hafiz tu jgn dikecam dia kn penderma paling b ...

Maaf kn saya. Klau si tahfiz mahad ni mmg i x bleh husnudzon. Modus operandi nye tetap sama derma utk content sbb mention nama dlm misi tu. Padahal bleh je x tulis nama sebenar die. Tulis saje hamba Allah. Ni zaman marketing maa.

Btw xnk ot,  bella yg derma kereta ni bini si alief irfan youtuber kelantan tu. Bella ni founder Ayla glow. Bella ni anak sedara intan jering jgk klau uolls xtau lerr.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.179426 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top