Gara-gara terpecahkan sebuah pasu hiasan mewah berharga hampir RM400,000 yang dibeli melalui jualan lelong di China, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan Yana Samsudin.
Menurut penerbit sebuah rancangan raya terbitan Astro Warna iaitu Alif Farhan, kejadian itu berlaku di rumah agam Aliff pada dua minggu lalu. “Saya bertindak selaku penerbit rancangan tersebut yang sepetutnya disiarkan di Astro Warna pada musim perayaan nanti. “Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan. “Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff. “Dia minta ganti rugi sebanyak RM400,000, tetapi Yana enggan bayar sebab yakin bukan silapnya dan cuba diperangkap Datuk Aliff,” jelas Alif Farhan yang merupakan bekas hos rancangan CCTV.
|
sukacactus replied at 15-4-2023 10:23 PM
Sapa caya dia bodo
ADVERTISEMENT