CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sengketa Sudah Jadi Sejarah, Peminat Tumpang Bahagia Tengok Fasha Sandha Dan Nora Danish Ambil Foto Bersama

15-4-2023 02:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8222| Komen: 98|Original author: Tatod

Dua aktres popular Nora Danish dan Fasha Sandha yang dilihat berkumpul bersama di kediaman bekas keluarga mentua mereka iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah kembali menjadi perhatian peminat.


Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, turut memuat naik foto mesra bersama Nora dan Raja Noora selain bergambar bersama keluarga besar keluarga bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai.


Susulan perkongsian itu, peminat berkongsi rasa gembira apabila kedua-dua aktres itu dilihat mesra dan benar-benar meletakkan sebarang persengketaan di antara mereka sebelum ini sebagai sejarah.

Perjumpaan keluarga itu dipercayai bersempena meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki Fasha dan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli yang ke-10.

Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga bekas mentuanya kerana menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya itu.



"Terima kasih atok, Tah (panggilan Raja Noora) dan keluarga. Alhamdulillah, Rayfal sudah berusia 10 tahun," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Apa lebih menarik, semua yang hadir turut menggayakan busana sedondon berwarna merah ke acara tersebut.

Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz, 36, menerusi komen di Instagram mengucapkan penghargaan kepada Jejai dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan komitmen kerja.

"Terima kasih Rizal dan keluarga. Maaf tak dapat datang. Sibuk berniaga di booth PWTC dan MITEC," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 15-4-2023 02:08 PM
oooo inilah tangga legend acik2 poremer dok mention baru ku tau
Quote prizadane 15-4-2023 02:11 PM
Cantik FS. Tapi mana Min?
Quote Dolmat 15-4-2023 02:18 PM
Tangga trademark besarrr!!! Lagi 7 keturunan masih bleh gunakann!

Anyways syukur alhamdulillah berbaik semua.. jaga silatulrahim!
Quote ashilalat 15-4-2023 02:54 PM
Boleh kata semua seteru dah berbaik..fasha-nora, siti-zawyah, abby-memey, adira-tin red.

Neelofake dan fakezura bila pula?
Quote MisXoXo 15-4-2023 02:58 PM
Fasha kurus ni dia buat pembedahan batriatrik ke.eh..fanatik fasha..sorry..I tanya ja..laju nau dia susut.
Nampak semua dh ok..mmg satu contoh yg baik..patut soon ps,sol,family sol pun ambil iktibar
Quote krukx 15-4-2023 03:05 PM
Berbunga2 hati Ira Gelek membayangkan satu hari nnti dia pun diterima mcm tu. Tp fasha pun lpas dh bercerai & kawin dgn Aidil br mcm dia redha & blh terima boleh together2 dgn Nora & family Jejai.
Quote ReginaGeorge 15-4-2023 03:11 PM
Fs nmpk wangi… mcm anak dara zaman hot dia dulu..
Quote kakngah80 15-4-2023 03:11 PM
ashilalat replied at 15-4-2023 02:54 PM
Boleh kata semua seteru dah berbaik..fasha-nora, siti-zawyah, abby-memey, adira-tin red.

Neelofake  ...

lofa ngan faz x perlu berbaikpun x per, sbb x de pertalian…nama2 yg kau sebut tu sah2 semua berkahwin dgn laki yg smaa jadi x mustahil la utk berbaik, dh anak2 dorangpun berbinkan nama laki tu
Quote PinkyPie 15-4-2023 03:26 PM
Bekas Jejai je dah ambil dua tempat di tangga
Quote matjerk 15-4-2023 03:30 PM
Rumah Datin Patimah ada tangga tak?
Quote matjerk 15-4-2023 03:30 PM
Screenshot_20230415-073257_Instagram.jpg
Quote matjerk 15-4-2023 03:33 PM
Jejai katanya dating dgn LMK kan?

LMK mau ke mingle rama2 dgn org2 lain selain SSKJP dia... ritu dia kata nak family man kan..? Jejai ni proven la family man... tapi syg definisi  "family man" utk SSKJP adalah... kena penting kan family side dia jer... side pasangan dia.. dio dok berahi....
Quote beatgirlX 15-4-2023 03:35 PM
matjerk replied at 15-4-2023 03:30 PM

Aduhh.. Kalau aku walau x de mende terasa la jgk
Quote aechae 15-4-2023 04:41 PM
ashilalat replied at 15-4-2023 02:54 PM
Boleh kata semua seteru dah berbaik..fasha-nora, siti-zawyah, abby-memey, adira-tin red.

Neelofake  ...

Bkn ada ikatan keluarga pn 2 org tu… x baik pn xpe
Quote downiey 15-4-2023 05:28 PM
alhamdulillah
Quote hzln 15-4-2023 05:29 PM
ashilalat replied at 15-4-2023 02:54 PM
Boleh kata semua seteru dah berbaik..fasha-nora, siti-zawyah, abby-memey, adira-tin red.

Neelofake  ...

Ritrud-jemah belum
Jering-intan lagi lah belum
Quote bedahmenjuyah 15-4-2023 05:36 PM
MisXoXo replied at 15-4-2023 02:58 PM
Fasha kurus ni dia buat pembedahan batriatrik ke.eh..fanatik fasha..sorry..I tanya ja..laju nau dia  ...

Kurus dah tahap cengkung. Sblh fasha tu adik jejai kan. Kembar tak tau lah yg mana.
Quote chandrahusin 15-4-2023 05:37 PM
Fasha dh baik dgn ND
Mat Over dh baik dgn David Teoh
UMNO dh baik dgn DAP
Tunggu Tun M baik dgn Anwar
Harap acik2 forumer pun berbaik2 lah sesama sndr
Gaduh2 bkn dpat apa pun
Gomen tetap dapat gaji awal
Swasta tetap dapat gaji lambat
Tapi dapat awal ke lambat ke
Tetap jgk dr bank ia datang
Kepada bank ia kembali
#tiberrrr
Quote monsterwife 15-4-2023 06:27 PM
Tangga keramat is back
Kalau I jadi Fs tak kuasa nak melayan ex mertua yg sombong Dan Bongkak tu

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.112098 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top