Pelakon dan pelawak veteran Hong Kong, Richard Ng meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hong Kong, semalam. Mendiang dilaporkan meninggal dunia atas faktor usianya dan menghidap pelbagai penyakit.
Difahamkan, selain mengalami masalah buah pinggang, tahap pendengaran Richard juga kian merosot sejak akhir-akhir ini. Pada 2021, Richard mendedahkan hanya 10 peratus buah pinggangnya berfungsi dan dia terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng. Richard yang juga dikenali sebagai Richard Woo sudah berlakon lebih 80 filem sejak membuat penampilan sulungnya dalam filem komedi, The Private Eyes pada 1976. Richard mendapat pengiktirafan bagi persembahannya dalam Winners And Sinners pada 1983 dan dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong.
Richard juga pernah berlakon dalam sitkom popular Singapura, Under One Roof dari tahun 1995 hingga 2003. Sumber: HARIAN METRO
|
cm_asamkumbang replied at 11-4-2023 01:41 PM
Pakcik ni synonim dengan cerita hantu dahulu kala
ADVERTISEMENT