CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Merungut Bayar Rm21 Untuk 3 Ekor Keli Saiz Jari, Banding Dengan Beli Nasi Bungkus ‘Mamak’ Dan Ikan Timbang Kilo

9-4-2023 10:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1358| Komen: 6|Original author: Tatod

Seorang pemuda turut berkongsi luahan hatinya yang kesal apabila terpaksa membayar RM21 untuk membeli tiga ekor ikan keli di sebuah gerai.

"Kali ni terkena dekat diri sendiri. Pergi bazar nampak satu gerai ni dah nak tutup tapi ada lauk sikit lagi tak habis.


"Jadi kita pun pergilah beli ikan keli tiga ekor nak bagi habis. Tiga ekor ikan keli harga RM21 atau RM22 macam tu kalau tak silap.

"Nasi putih harga lain. Kalau pergi mamak beli nasi tambah lauk ayam goreng berempah besar, sayur, kuah campur untuk dua bungkus baru RM18.50," ujarnya di Facebook.


Dia turut memuat naik foto ikan berkenaan yang ditutup dengan dua jarinya, seolah-olah untuk menunjukkan perbandingan saiz..

Tambahnya lagi, harga cekik darah yang diletakkan oleh peniaga menyebabkan dia teragak-agak untuk menyokong perniagaan yang diusahakan oleh bangsa sendiri.


Malah, dia turut membuat perbandingan antara harga ikan keli di kawasannya yang dikatakan jauh lebih murah berbanding harga di gerai tersebut.

"Betullah orang kata, bukan tak nak support bangsa sendiri berniaga, tapi harga kadang ada yang cekik darah!

"Sedangkan kawasan saya kawasan kampung ikan keli dekat sini sekilo baru RM7 ke RM7.50 kalau saiz macam dalam gambar sekilo dapat dalam enam ke tujuh ekor RM7.

"Sekali beli kat bazar RM21 tiga ekor ikan keli sahaja," tulisnya menerusi group B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen turut menyelar pelanggan itu kerana tidak bertanyakan harga sebelum membuat pembelian.

Dalam pada itu, ada juga pelayar Facebook yang memberikan sokongan buat pelanggan itu dan berharap para peniaga tidak mengenakan harga cekik darah pada bulan Ramadan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HabukBesi 10-4-2023 12:20 PM
what...
Quote hasniey 14-4-2023 11:44 AM
Ikan keli ni kat pasar murah tau.antara ikan termurah.markup hrga melampau mcmni berkat ke rezeki
Quote eyansss 14-4-2023 01:25 PM
harga melayu pegi haji kat neraka balik hari…
Quote matseh 14-4-2023 03:41 PM
Kat family store, Keli sekilo 4.99, Siakap sekor 8.99. Seedless grapes size s 5.99.
Sayur2 seikat 2.99.
Quote isseliparjepun 15-4-2023 08:37 PM
Mahalnya keli. I rasa kalau kat pasar jual tu murah murah je. Cerita brader ni jadi pengajaran untuk I. Tak payahlah kita tolong peniaga nak habiskan sisa jualan dia tu. Silap hari bulan, kita pulak kena ketuk.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:34 AM
mahal sgt tu naik harga

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.048086 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top