Kehadiran Kajol di majlis tayangan filem suaminya, Ajay Devgan dengan mengenakan gaun agak sendat meraih perhatian ramai. Keadaan perut pelakon itu yang diperhatikan. Menerusi media sosial, ada netizen yang berani mengejek perutnya dengan menyifatkan keadaan buncit itu seperti wanita hamil.
Tidak kurang juga ada yang meminta orang terdekat segera tampil membantu bintang berusia 48 tahun itu supaya bijak memilih baju untuk digayakan di hadapan umum. Pada tayangan filem aksi berjudul Bholaa tersebut, Kajol kelihatan yakin berjalan sambil menyapa paparazi yang rancak merakam pergerakannya setiap masa. Dalam media sosial pula, rata-rata mengakui ‘sakit mata’ melihat gaya Kajol yang didakwa seolah-olah seperti sengaja menonjolkan bahagian lemak. -CARI Sumber: Kosmo
|
_blackbird replied at 8-4-2023 02:08 PM
ntah la netijen ni, diri sendiri pon gundu hitam gemok kepam kertu kusam ada hati nak body shaming o ...
KamikuP replied at 4-4-2023 03:46 PM
Kajol ni cantik sunnguh sama dengan Rani very the chanteq
ADVERTISEMENT