Seorang wanita tular di media sosial gara-gara memiliki sebuah beg tangan diperbuat daripada emas. Lebih menarik perhatian apabila rekaan aksesori mewah itu kelihatan seperti beg tangan daripada jenama mewah antarabangsa.
"Alhamdulillah, Mashallah, Tabarakallah... beli tas (beg tangan) emas lagi. "Harganya mencecah 553 juta (Rupiah) (RM161,428)," kata wanita yang berasal dari Indonesia itu. Menerusi video berdurasi 29 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita yang merupakan pengusaha produk kecantikan bernama Mira Hayati berkata, dia berbangga memiliki beg tangan berkenaan. "Bangga sangat ada koleksi beg emas Dior (replika). Kalau beg tangan biasa sudah banyak, ada beberapa. Tapi yang betul-betulnya 'real' ini adalah beg emasnya," katanya.
Menurut laporan tribunnews, wanita itu merupakan pengusaha produk kecantikan dari Makassar, Indonesia yang ditubuhkan pada Julai 2020. Produk tersebut mempunyai 20,000 pengedar di seluruh Indonesia. Ditanya sama ada dia merupakan isteri kepada orang kenamaan tertentu, wanita itu hanya hanya menjawab dia hanyalah orang kampung. Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan beg tangan emas yang diperagakan wanita itu. "Emas bukan sebarang emas. "Saya ni jangankan gelang, cincin pun tak ada. "Senangnya jadi orang kaya. "Beg tangan emas macam ni, saya akan pamerkan dalam almari lutsinar yang kalis peluru," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
cikatilia replied at 28-3-2023 08:49 AM
Buruknya
Sekali tiba2 berkarat
ADVERTISEMENT