CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Aku Ungkit Cerita Lama Menangis Tak Sudah Kau Bro, Malu Besar" Syamsul Yusof Simpan Aib Farid Kamil

24-3-2023 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12383| Komen: 98

Syamsul Yusof memberitahu dia masih menghormati Farid Kamil sebagai seorang rakan dan enggan membongkar kisah peribadi pelakon filem Remp-It itu seperti dilakukan terhadapnya.

Syamsul, 39, berkata, sekiranya dia membuka mulut mengenai perihal Farid dibimbangi aktor itu akan menanggung malu besar.



Foto: Kosmo

"Kalau perkara yang berlaku 15 tahun dulu sebab benda tak betul, adil ke sebagai seorang selebriti jumpa entah siapa-siapa di tepi jalan orang ini cakap begitu, esoknya jadi muka depan.

"Tanpa hubungi saya, tanpa menyiasat, apa ini? Benda belas tahun dah berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku. Move on! Nak saya buka ke cerita yang dah lama?

"Sebab kalau saya buka cerita lama, malu pihak sebelah sana. Kalau aku cakap menangis tak sudah kau bro. Kau dah main hati dan perasaan," katanya.

Syamsul tampil mengulas mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.


Kata Syamsul, sebagai seorang lelaki yang mempunyai anak dan adik perempuan, tidak mungkin dia melakukan kekasaran kepada golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Syamsul dalam nada sindiran berkata, meskipun Farid cuba menggambarkan dia sebagai seorang kaki pukul namun mempersoalkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap aktor itu sebelum ini.

Kata Syamsul, dia enggan bertekak di media sosial sebaliknya meminta Farid terus melontarkan tuduhan terhadapnya agar mudah dijadikan bahan bukti di mahkamah.

"Saya saman sahaja senang cerita. Teruskan bercakap. Saya ada anak perempuan, saya ada ibu. Saya ada adik perempuan yang amat saya sayangi dan hormati mereka.

"Jangan gambarkan saya kaki pukul. Sedar tak, kenapa saya tak masuk penjara ni? Kenapa aku tak masuk penjara macam kau? Minta maaf cakap, sebab buktinya tak ada lagi," ujarnya.

Pun begitu, Syamsul turut meluahkan simpati terhadap Farid yang sedang berdepan masalah rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle.

"Saya tahu dia tengah sibuk dengan isu rumah tangganya, sorry about that. Tapi itulah, saya tak tahu dia ni apa hal, daripada dulu, apa masalah dia dengan saya pun tak tahulah.

"Tak puas hati kita jumpa di mahkamah, ikut undang-undang. Kenapa nak tunjuk kau lagi bagus daripada aku ke?” katanya.

Sebelum ini, Farid didakwa menyindir Syamsul berhubung isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepada Syamsul.

Perkara itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul suaminya itu ketika sebutan kes permohonan cerai mereka pada 7 Mac 2023. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 24-3-2023 11:41 AM
mmg xabis ke cita pasal mamat narc n bodo ni?????
Quote lasagna 24-3-2023 11:45 AM
alaaa sama laaa korg berdua..
Quote totokreturn. 24-3-2023 11:46 AM
semua dok marketing filem masing2

takde cara lain ke nak marketing?
Quote likilu 24-3-2023 11:48 AM
Haha bulan rejab syaaban madu sama madu gaduh

Ramadan syawal suami n boyfriend pulak
Mulut diorang teruk oi baru hari pertama dah berani sumpah ngan quran, duk kata 10 org 10k org belakang dia.

Yg pompuan duk tepi lah bg laluan, baik ngaji khatam quran lg bagus
Quote heythere123 24-3-2023 11:49 AM
iols reserve komen sebab ni bulan puasa
Quote codenamedream 24-3-2023 11:49 AM
Perangai rempit ya 2 ekor ni.
Quote dudaberhias 24-3-2023 11:50 AM
Sah2 yang kiri muka berlubang boleh tuang teh ais tu dah takde apa nak di malukan. Dah jadi bekas banduan dah pun, so? Yang kanan pun sama, bergigi palsu dan kena tepek polident tiap2 hari sebelum ke mahkamah. Suka hempuk bini.
Quote xtravaganza 24-3-2023 11:51 AM
Aku mmg dh blacklist sol notelo ni. Yg FK, aku xmau komen dlu. Tp dlu jumpa dia depan2, hensem gak wlu muka ada lubang2..
Quote ezacbee 24-3-2023 11:52 AM
2-2 rempit.. boleh buat filem
Quote Prickford 24-3-2023 11:56 AM
xtravaganza replied at 24-3-2023 03:51 AM
Aku mmg dh blacklist sol notelo ni. Yg FK, aku xmau komen dlu. Tp dlu jumpa dia depan2, hensem gak w ...

Betul la. Muka berlobang2 sana sini, tapi bila ditenung, eh hensem plak. Kenal FK masa sama2 study dekat Uni. Masa tu heolls dah start berlakon pon, watak kecik2 je la. Tapi mmg idaman awek2 Uni. Iolls mampu tengok je la, tak sior teman nak kenal2 ni. Baik pulun study
Quote epal_putih 24-3-2023 11:57 AM
Cerita soley ni berantaiannn betul
Eik eleh
Yg penting fk dan  ron x curenggg sol
Quote awekjepun 24-3-2023 11:59 AM
Penat mcm ni.. buka fb pun penuh dgn kisah diorg
Episod kalah drama sembilu
Quote codenamedream 24-3-2023 12:07 PM
Harap nanti SolNoLato dengan FaridKacip boleh buat movie rempit vs gangster sama2.

Ala2 Kak Erma dgn Kak Ogy buat drama sama2 dulu.

Quote chandrahusin 24-3-2023 12:19 PM
Bila dh mcm2 cerita ni
Yg nmpak SY ni sbnrnya spoilt brat
Mesti dulu2 buat apa pun lps je
Klu dia kena cepuk ms dia pukul DD dulu
Mungkin kurang sikit perangai dia ni
Quote Hoola 24-3-2023 12:49 PM
are these the real gangsta and remp-its in the real world ?
-soal netijem dan seantero rakyat jelata T20, M40 dan B40
Quote rosedemon 24-3-2023 01:00 PM
Halah halah sole sole
Quote makcun14 24-3-2023 01:01 PM
tak padan ngan status bapak orang , gaduh macam bbnu.
sekali anak anak berjodohan hahaha berbesan la dorang
Quote aemon 24-3-2023 01:10 PM
x perlu cite sol..kami dah tau
Quote bukan_ustazah 24-3-2023 01:16 PM
Samsol is the next neelopaaa. Omg bakal caras jah nama disebut setiap hari. Tenggelam terus kisah mengandung anak ke 2

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073426 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top