Juara program realiti Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan yang dilaporkan beberapa hari lalu mengalami masalah penglihatan akibat jangkitan virus, meluah hasratnya untuk bertemu dengan aktor Datuk Rosyam Nor.
Hasratnya itu diluahkan dalam satu temu bual bersama mStar ketika bercerita mengenai detik mula diuji penyakit tersebut. Katanya, Rosyam merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam industri lakonan. “Saya teringin sangat nak berjumpa dengan Abang Rosyam. Lama dah tak jumpa. Teringin nak jumpa abang. “Saya seorang macam ni, orang lain semua dah berjaya, saya belum lagi. “Kali terakhir saya hubungi dia melalui panggilan telefon. Sangat lama, dah lupa bila,” luahnya dipetik BOOM!. Tambahnya, aktiviti seninya dalam bidang lakonan kini perlahan dan tidak menentu. “Saya masih lagi dalam bidang ini. Rasa cinta saya terhadap lakonan tetap ada walaupun tak sehebat Abang Rosyam.
“Kalau tak ada di depan tabir, saya berada di belakangnya melakukan aktiviti penerbitan melalui syarikat saya sendiri,” jelasnya memetik temu bual itu. |
ADVERTISEMENT