Drama Korea Selatan, The Glory sehingga kini masih hangat diperkatakan walaupun sudah seminggu bersiaran di platform penstriman Netflix. Tidak sahaja berpuas hati dengan lakonan mantap barisan pelakon, ramai juga resah menantikan setiap babak yang berada diluar jangkaan penonton.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila aktres Cha Joo Young yang memegang watak sebagai Choi Hye Jeong membuka baju dan tampil separuh bogel dalam salah satu babak siri tersebut. Namun, menerusi media sosial, ramai pula yang mempertikaikan payudara yang terdedah itu adalah milik aktres tersebut dan Joo Young memakai pad pada bahagian dadanya. Menerusi laporan Allkpop, Joo Young menjelaskan dia sebenarnya tidak mendedahkan bahagian itu tetapi menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI). "Bahagian badan yang ramai irang ingin tahu itu adalah CGI dan produksi menyediakan pasukan khas untuk babak tersebut.
"Watak itu digambarkan telah menjalani pembedahan membesarkan payudara. Mungkin orang akan kecewa jika tahu perkara sebenar. "Ada penonton komen, alang-alang saya dedahkan payudara, kenapa tidak bogel sepenuhnya. Mereka tidak tahu itu adalah palsu," katanya. The Glory turut dibintangi pelakon hebat seperti Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Ji-yeon, Kim Hieora, Park Sung-Hoon dan Kim Gun-woo. - CARI Sumber: mStar, Allkpop |
ADVERTISEMENT