Baru-baru ini, heboh di Twitter dengan kisah penampilan salah seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Pada pengamatan segelintir peminat, Jennie yang tampil menerusi konsert Blackpink World Tour (Born Pink) in Jakarta pada 11 dan 12 Mac lalu mendakwa wanita itu mengalami serangan panik, lapor Kompas.com.
Dakwaan Jennie mengalami serangan panik ketika membuat persembahan itu dijawab oleh peminat selepas YouTuber Boy William dan Kiky Saputri menyebut jika perempuan cantik itu seperti kelihatan 'malas' sewaktu berada di atas pentas. Keduanya mengatakan Jennie kelihatan tidak bersemangat seperti tiga rakan Blackpink yang lain. Berang dengan pertuduhan tersebut, peminat Blackpink atau Blink mempertahankan Jennie dengan menjelaskan penyanyi itu mungkin mengalami 'panic attack'. Sebelum ini, Jennie pernah dikhabarkan mengalami serangan panik pada 2019.
|
ADVERTISEMENT