Siapa sangka aktor Kim Ji Hoon yang membawa watak CEO syarikat hiburan yang popular dan kacak memiliki tabiat buruk. Melihat wataknya sentiasa rapi dan elegan Kim Ji Hoon sebenarnya tidak pernah mencuci seluar selama lima hingga enam tahun.
Menurut Murai, Kim Ji Hoon menerusi episode My Little Old Boy yang disiarkan pada 12 Mac 2023 mendedahkan dia sangat gemar berfesyen, namun dia perasan pakaian tersebut akan rosak dan luntur setiap kali membasuhnya. Perkara itu membuatnya memutuskan untuk tidak mencuci pakaiannya dengan kerap. Dek kerana tabiatnya itu, Kim Ji Hoon akan menjaga pakaiannya sebersih mungkin.
|
ADVERTISEMENT