CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasang Kuat Sangat! Marah Bapa Tengok TV, Anak Baling Remote Sampai Berdarah Dahi

14-3-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3455| Komen: 6

PETALING JAYA – Gara-gara tidak membenarkan bapa menonton televisyen seorang anak bertindak membaling alat kawalan jauh televisyen hingga menyebabkan kecederaan pada bapanya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, dekat sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dikatakan berlaku selepas perselisihan faham di antara bapa berusia 74 tahun dan anak lelakinya berusia 41 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, suspek tidak menyukai bapanya sering menonton televisyen dengan nada yang kuat.

Gambar Hiasan

“Punca adalah disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen dan suspek kemudiannya membaling alat kawalan jauh televisyen mengenai bahagian kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2.20 petang pada hari sama.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan tisu pada bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan ujian air kencing juga bebas dari sebarang dadah.

“Pihak polis turut merampas satu unit alat kawalan jauh televisyen jenis Samsung yang digunakan suspek,” ujarnya.

Tambahnya, permohonan reman akan dilakukan pada hari ini di Mahkamah Majistret Ampang dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-3-2023 03:56 PM
Bapak dia pekak ke?

Quote FOTHER-MUCKER 14-3-2023 04:01 PM
Beli kan lah wireless headphone
Quote Belibis 14-3-2023 04:03 PM
sharlenetexas replied at 14-3-2023 03:56 PM
Bapak dia pekak ke?

Mungkin laaa..umur pun dah senja.
Quote JulietTheOrange 14-3-2023 04:07 PM
mase muda2 dulu bapak die jenis baran dan garang kot
tu anak dendam tu
agaknya lahhh
Quote bondeh 14-3-2023 04:51 PM
Benda yang aku praktikkan dari kecik sampai sekarang bila orang dalam rumah pasang TV atau buka phone level kuat, aku akan cakap "weh perlahankan, mak nak sembahyang". Sampai ke abang ipar aku sound gitu hihihi
Quote rosedemon 15-3-2023 09:45 AM
apak dlu pon kasar kot mendapatla layanan kasor

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070245 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top