Seorang individu mengadu dia sering menjadi 'mangsa' kepada kakak sendiri yang memintanya untuk menjaga anak-anak saudaranya apabila berlaku kecemasan. "Aku kena jaga anak buah aku hari Sabtu dan Ahad, dan hari-hari tertentu kalau pengasuh dia tiba-tiba tak available.
"Aku nak keluar dengan kawan-kawan tak boleh sebab kena jaga anak dia, kena lepaskan peluang bekerja separuh masa yang bayar lumayan sedangkan kakak aku hanya beri RM10 untuk jaga anak dia selama beberapa hari," luahnya menerusi satu kiriman mesej di media sosial. Bukan berkira tapi tapi tak senang seperti tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti serta meluangkan masa untuk diri sendiri. "Duit poket tak ada, kebebasan tak ada, stres pasal study lagi, parents aku divorced. "Jadi aku kena jaga rumah, memasak, mengemas dan sebagainya," luahnya.
Tambah individu berkenaan, situasi tersebut membuatkannya dalam dilema antara tanggungjawab sebagai seorang adik dan juga kebebasan diri, ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. "Aku kesian dekat kakak sebab dia orang susah dan sayanglah juga dekat anak dia.... tapi aku tak ada siapa nak kesiankan ke?" luahnya lagi sambil meminta pandangan daripada warga maya. Di ruangan komen rata-rata mencadangkan agar individu tersebut berani menyuarakan pendirian kepada kakaknya agar tidak lagi sewewang-wenangnya dijadikan seperti 'kuli'. "Kita kena kesiankan diri kita dulu, baru kita kesiankan orang lain. "Sama-sama adik beradik pun nak ambil kesempatan. Senanglah kakak dia. Tak payah susah-susah cari orang gaji. "Makcik minta adik makcik mengasuh anak satu hari, tapi makcik tak adalah bayar RM10, makcik bayar RM200," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mengecam kakak individu berkenaan kerana mengambil kesempatan dan seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. -CARI Sumber: mStar Online
|
sarahmirza: Dah habis sekolah dah dewasa k ...
rospinki replied at 13-3-2023 12:10 PM
ramai je org nak mengamil peluang
apa teruk benar pemikiran org mcmni. dia igt org bodoh mcm dia ju ...
rospinki replied at 13-3-2023 12:10 PM
ramai je org nak mengamil peluang
apa teruk benar pemikiran org mcmni. dia igt org bodoh mcm dia ju ...
sarahmirza replied at 13-3-2023 01:20 PM
Dah habis sekolah dah dewasa keluar je la dari rumah keluarga... Belajar berdikari..
Sis yg takde ma ...
sarahmirza replied at 13-3-2023 01:20 PM
Dah habis sekolah dah dewasa keluar je la dari rumah keluarga... Belajar berdikari..
Sis yg takde ma ...
mh17 replied at 14-3-2023 01:59 AM
Kih2,jgn join fam biz.makan aty ta sudah
kechikchomel replied at 14-3-2023 10:19 AM
kawan iolss pernah curhat kat iolss. kawan iolss ni WFH. ada satu hari tu kakak dia pening kepala. a ...
ADVERTISEMENT