CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Lelaki Baran, Main Forex Tapi Rugi Memanjang- Lepas Kahwin Nak Goyang Kaki, Hantar Dan Ambil Isteri Balik Kerja Je

13-3-2023 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6484| Komen: 81

Seorang wanita mengeluh mengenai teman lelakinya.

"Pasangan saya suruh saya bekerja macam-macam selepas tamat belajar kelak. Tapi bila saya tanya dia pula, dia kata 'saya jaga awak je, hantar dan ambil awak dari tempat kerja selepas kahwin'.


"Patutkah saya ambil serius ataupun ia hanya gurauan? Setiap kali saya tanya pasal kerja, dia akan kata percaya pada rezeki sedangkan saya tengok dia hampir setahun tak ada effort cari kerja.

"Nak kata dia sambung study tak pun, dia habiskan masa sepanjang hari main game atau buat Forex sahaja.

"Forex pun banyak rugi... lepas tu dia kata saving makin kurang sebab buat forex selalu rugi," luahnya.


Gambar Hiasan

Bukan setakat tidak mempunyai usaha untuk mencari kerja, teman lelakinya juga didakwa mempunyai sikap buruk iaitu panas baran, sehingga membuatkan dia ragu-ragu untuk meneruskan hubungan.


"Dulu parents dia kata suruh support apa dia buat, tapi sampai sekarang saya tak nampak apa dia buat. Saya pernah tegur tapi dia kata saya macam menghina dia masa dia tiada kerja.

"(Dan) kata (saya) tak dapat terima keadaan dia macam tu... lepas tu menangis. Apa perlu saya buat?

"Dia juga jenis baran, pernah sekali dia marahkan saya, dia tekan minyak biar kereta laju.

"Saya pula yang kena tenangkan dia. Parents dia pernah pesan 'jangan cabar dan buat dia marah'. Habis sampai bila saya kena sabar?," luah wanita yang enggan dikenali itu menerusi mesej yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy.

Perkongsian kisah wanita tersebut meraih lebih 800 ulang kicau, selain menyaksikan rata-rata warga maya menyarankan agar dia berfikir lebih panjang bagi mengelak menyesal kemudian hari.

"Jika sesuatu hubungan tu ada keraguan, ambil langkah yang perlu. Kita dikurniakan akal fikiran untuk bertindak dengan bijak. Cinta itu mungkin buta, tapi kita tak buta. Ingat ye perkahwinan adalah komitmen seumur hidup.

"Semua points yang redflag sudah di kenal pasti dan dirungkaikan. Jangan fikir sayang, sanggup terima apa saja. Fikir pasal masa depan. Ini ke orang yang kau nak jadikan sebagai ayah untuk anak-anak nanti?

"Pendapat aku, putus sajalah. Sebabnya parents dia pernah pesan supaya jangan cabar dan buat dia marah. Tak kuasa aku nak jaga anak orang kalau macam ni punya perangai," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-3-2023 10:41 AM
Soh dia kawen dgn forex TU
U cari lelaki lain yang bagus utk dibuat suami
Quote tenderfly 13-3-2023 10:46 AM
Yg mak bapak pun lepas tangan ke?? Anak orang pulak kena terima baran mental anak ko..anak ko nak kena tauk dalam sangkar buaya ke
Quote namesabil 13-3-2023 10:46 AM
sementara masih awal
lebih baik tarik diri
sebelum menyesal tak sudah di kemudian hari
kawin ini bukan untuk sementara
tapi nak selama-lamanya.
Quote ifanonline 13-3-2023 10:48 AM
suruh suami jadi gigolo
Quote juboqhang 13-3-2023 10:58 AM
Ni bukan labur.. ni berjudi!! Sebab tu dia moody. Cabut angkat kaki… cegah sebelum parah!
Quote sayurmayur88 13-3-2023 11:06 AM
angkat kaki jelah ...
Quote cashewnut 13-3-2023 11:07 AM
Redflag… Jantan pemalas, pemarah, bini jadi kuli laki, nak makan tersedia atas meja. Kalau bini pi outstation, masa ni jantan rasa insecure. Jangan dibela. Selagi muka ko cantik angkat kaki dik. Kalau tak, ko merana badan merana jiwa. Sayang tak boleh beli beras. Beras nanti ko yang kena beli dik.
Quote cashewnut 13-3-2023 11:09 AM
Mak pak jenis menang anak walau anak bewak komodo. Sila jangan jadi lembu susu, diperas ketika gundu.
Quote Sazreena 13-3-2023 12:00 PM
Mak pak nampak sangat nak lepas tengkuk. Jangan jadi bodoh tadah kegagalan orang lain mendidik anak sebagai pasangan hidup. Memang hidup dalam kesedihan dan kemurungan lah ko. Ni baru tanya plan. Lum lagi kalau tunang..mana nak cekau duit belanja..gedebak gedebuk apa semua..dengan effort ngalahkan okeyu terlantar. Blah je la..kalau dah baran tu jangan haraplah nak berubah. Makan penampor penerajang la jawabyer.
Quote adizero11 13-3-2023 12:14 PM
Tu bukan jantan, tp tu syaitan..malu lah, pondan pn reti hidup contohnya bangjatt..
Quote lee_sakura 13-3-2023 12:27 PM
ramai je lelaki skrg mcm tu, main forx je utk sara hidup...so perempuan kena bijak memilih la ye
Quote syamzana 13-3-2023 01:13 PM
lelaki sekarang ni suke sgt dgn forex agaknya terpengaruh dgn influencer yg tnjuk mewah hasil memorex 3bulan dah mampu beli rumah kot. padahal depa tu sume umah besar pun sewa, supercar pun sewa tu pun sewa sebulan je kot.
iols tgk bekas stdnt pun ramai dok join forex ni sampai nak brenti keje la.

kesian pompuan skrg dikelilingi lelaki malas kerja tapi nak kaya cepat ujung2 membewok kat umah
Quote BoongaKertas 13-3-2023 01:38 PM
chuols kalau x nyah dari relationship mcm ni, mmg chuols x smart lah meols rasa. REDFLAG sgt dah tu.
Quote unta2 13-3-2023 01:42 PM
elokla angkat kaki.. parents boyfriendnya pon redflag sangattt dek iiii... esok kawin ko jadi babu family diorang
Quote _blackbird 13-3-2023 01:43 PM
dulu aku ada boipren yg asal marah / bengang dengan aku pon suka throw tantrum dengan bawa kereta laju package skali hempas pintu kereta dia sendiri berulang kali walaupon pintu tak salah. ku tinggalkan ajer walaupon dia bawa honda
Quote Bipolajourney 13-3-2023 01:55 PM
Chow je lah dik. Unsur narsissistik tu telah terkeluar
Quote Eva_yy_Ellin 13-3-2023 02:29 PM
Parents dia pernah pesan 'jangan cabar dan buat dia marah'.


Anak manja sangat ni weh, parents dah pesan gitu, jenis anak dia je yang betul, anak dia je yang terbaik, orang lain semua salah, orang lain kena ikut cakap anak dua.
Baik blah cepat-cepat. Eloklah membujang sampai ke tua daripada tersalah pilih laki.
Quote greantea 13-3-2023 03:01 PM
tanya lagi? jantan tu dah tentu2 x guna. mak bapak jantan tu pon biar jek anak perangai mcm tu. mesti kawenkan anak supaya ada org jaga, padahal anak dia y pttnya jaga anak org.
Quote vanillaninja 13-3-2023 03:03 PM
Deep down sheols dah tau apa yang patut sheols buat. Nak validation je kot.

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top